Tidak tahu mengapa, hari ni aku teringat akan situasi kehidupan 2 tahun yang lepas. Tinggal di tempat yang glamer, bersantai senang. Hendak kemana-mana pun ada kereta. Tiada apa yang perlu difikirkan dan dibimbangkan. Duit gaji sentiasa cukup. Setiap hujung bulan, detik yang paling menggembirakan ialah time pergi bank in duit gaji ke akaun ibu bapa di kampung, akaun anak-anak. Lepas tu call diorang bagitau duit dah bamk in. Seronok sekali perasaan itu.
Aku betul-betul merindui suasan di studio apartment lama aku dan suami. Bangun tidur, mandi kemudian turun kebawah. Banyak kedai makan bersuasana santai tempat melepak, berjumpa kawan-kawan dan jiran. Lepak dari breakfast hingga ke lunch. Tiada apa yang penting untuk dibualkan tapi pasti ada idea tentang topik untuk dibincangkan setiap kali melihat orang lalu lalang. Bercerita tentang fesyen, politik, ekonomi tak lupa juga gosip terbaru.
Huh....bilalah agaknya akan kembali ke detik itu.
Aku hanya inginkan rumah sederhana, kereta sederhana. Tidak lagi menumpang dirumah saudara, menyusahkan adik beradik. Bilakah Allah akan memberikan rezeki?
Aku teringin balik ke kampung,berbual dan bermanja dengan mak. Menonton berita dengan bapak dan membembetulkan sebutan pembaca berita.
Aku teringin bersantai di tepi pantai, bermian pasir halus,berendam lama-lama.
Aku teringin untuk shopping, membeli barang yang sudah lama aku idamkan.
Terlalu banyak yang aku inginkan. Dan yang mampu ku lakukan hanyalah berangan...
Malam ni lebih kurang macam anniversary je, sebab Grey Anatomy episode ke 100 akan ditayangkan. Owh...kalau nak ikutkan perkembangan terkini memang kira lambat la nak celebrate 100th episode ni, sebab Grey Anatomy season baru dah kuar dah pun. But it's okay.
Apa yang aku suka sangan ngan siri Grey Anatomy ni adalah "lesson learned" yang ditekankan dalam setiap episod. Tak kiralah betapa tak bermoralnya, betapa terlalu sosialnya, tapi setiap siri pasti akan menggariskan nilai-nilai hidup dan siri peristiwa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Bagiku, ianya betul-betul sweet dan memberi sedikit kesedaran dan tak kurang juga semangat.
Menengok iklan NTV7, aku ingatkan episod malam ni akan berkahwin la si Derek dan Meredith. Rupanya tak jugak...sebaliknya Izzie dan alex yang berkahwin sebagai hadiah dari Derek dan Meredith untuk memberikan kebahagiaan kepada Izzie yang baru saja discover pasal tiny and impossible to remove tumor kat kepalanya. Kesian. Mulia sungguh watak Derek dan Meredith but does it happen in real life anyway? tak tau lah kan. Yang pasti kita pasti akan melakukan pengorbanan buat insan yang kita sayangi di sekeliling kita.
Aku sukakan watak izzie, maybe sebab aku suka tengok muka Catherine Heigl yang lawa tu. Very sweet and cheerful. Grey and Derek, tok sah cite lah...leading character lah katakan.
Well...dengar kata season baru Grey Anatomy season baru nanti watak Goerge akan dimatikan. How sad....tapi whatever happen, Grey Anatomy will always be my favorite.
Sebenarnya aku ni bukan la jenis orang yang kreatif. Even bila first time aku siapkan my first assignment (my first card) aku dulu pun kakak-kakak aku terkagum. Aku memang terkenal dengan budak yang tak reti sabar in the family. Hmm....tapi bila my another sister buat quality check, sekeping card je yang kena reject. Kira oklah tu sebagai beginner kan..
Nanti ada masa aku postkan gambar kad-kad yang aku dah siap. haha.....takut bos yang buat design tu marah plak nanti. Yelah, penat-penat dia reka design kan, sesuka aku je nak plagiat.
How I wish i am as creative as other people. Boleh la aku buat design baru. Tapi otak aku ni memang otak batu. Tak reti nak think out of the box. Aku dok dalam box je. Cuma keistimewaan aku ni, aku memang terer meniru. Bab-bab copy mengcopy ni memang aku handal ler....graduate dari Uni dulu. Queen of Copy and Paste.
Oh yer...bulan puasa dulu aku ada kata nak carik keja di bulan syawal ni. Aku try jugak seminggu dua ni.Tak de rezeki lagi. Tapi Insyallah, next week I will try again. Aku dah tak kisah nak keje apa dah. Keje kilang pun maybe aku akan bantai. Asalkan boleh merasa duit sendiri. Lagi sweet kan...
Doa-doakan lah aku yer....
Pergaduhan tu memang sering terjadi. Biasanya perkara kecil pun nak digaduhkan, dan kadang-kadang pergaduhan itu tak berasas. Maksud pergaduhan besar yang saya cuba nak bagi petua ni ialah pergaduhan yang bermula kecil-kecilan. Tapi pergaduhan kecil ni selalu akan membawa kepada pergaduhan besar. Yelah, kalau sama-sama tak mahu mengalah, dari topik yang satu, melarat pula ke topik lain. Contohnya bergaduh mulanya sebab bilik tidur bersepah. Gaduh punya gaduh masuk pula topik tak larat nak mengemas sebab banyak kerja lain tak siap, kemudian masing-masing mengungkit pasal kerja masing-masing dan kemudian bergaduh pasal duit, siapa yang kerja lebih dan macam-macam lagi. Ini baru senario.
Saya tak delah petua yang hebat sangat. Cuma apa yang saya amalkan. Dulu bila bergaduh dengan suami, aku lebih suka mendiamkan diri. Tapi berdiam pun bahaya juga sebab nanti dia naik geram dan mula mengagak itu dan ini. Dan bila menjawab pula, lain pula mulalah topik gaduh yang lain timbul. Aku sebenarnya dulu kaki gaduh juga, dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tapi dengan suami, ada rasa hormat semacam kat dia. Yelah, dialah suami kita, syurga aku ada di tapak kakinya, dan mungkin juga kerana perbezaan umur yang jauh membuatkan aku hormat padanya.
So, bila bergaduh tu, aku lebih suka diam. Dalam hati aku membaca ayat Al-Fatihah. Hahaha.....entah darimana aku dapat idea nak buat macam tu. Masa baru mula-mula menjadi saudara baru dulu, itulah ayat pertama yang aku belajar. Sekarang ni Ayat Kursi pun aku dah hafal dan beberapa zikir yang lain.
Berkesan juga cara ni, sebab bila aku perhatikan, suamiku akan sejuk sendiri. Bila dah sejuk tu barulah aku minta maaf. Aku salah ke, tak salah ke, aku minta maaf juga. Bayangkan kalau anda tengah marah dan pasangan anda minta maaf, sejuk tak hati?
Bila aku fikir-fikirkan balik, logik juga cara yang aku buat ni.Sebab bila kita bergaduh,syaitan betepuk tangan dan mula menghasut kita dengan fikiran yang bukan-bukan. Membaca ayat-ayat suci, mampu menahan kita daripada termakan pujukan syaitan.
Itulah satu petua aku bagaimana untuk mengelakkan pergaduhan kecil menjadi besar. Nak amalkan atau tidak tu, tak tau lah...sekadar berkongsi cerita.
Walau apapun saya tak menjamin kemujarabannya. Sebab petua ni saya yang cipta sendiri. Dari sudut agama, saya sendiri tak pasti, sebab saya pun masih teraba-raba lagi.
Salaam...
Setakat ini hanya satu impian itu aku penuhi. Hidup bersama insan yang dicinta. Bukan keluarga ku tak bahagia.Keluargaku tiada cacat celanya. Tiada konflik. Malahan aku dibekalkan dengan datuk dan nenek, ayah dan ibu pun masih ada. Ada kakak, ada abang, ada adik lelaki dan juga adik perempuan. Tiada yang kurangnya. Tapi bagiku aku belum lagi berjaya memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya. Entah mengapa bagiku, dalam keluargaku, bagiku, akulah yang bertanggungjawab untuk membahagiakan keluarga. Membuatkan mereka senyum berbangga adalh impianku.Meskipun aku anak tengah, dari lapan beradik aku anak kelima, namun aku selalu menganggap akulah harapan besar keluarga. Sebab itu dalam keadaan sekarang ini aku rasa bersalah yang amat. Kadang-kadang rasa malu.
Kalau dulu masa masih bekerja dan mampu mengirimkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan ke kampung hampir setiap minggu aku telefon mak dan ayah di kuching. Malah dalam sehari kadang-kadang dua kali. Tapi sekarang ini aku malu nak bertanya khabar mak dan ayah. Hinggakan kadang-kadang sakit demam diorang pun aku tahu dari adik beradik yang lain.
Tidak, mak dan ayah tak pernah membeza-bezakan kami, yang berduit atau yang tidak. Cuma rasa tangggungjawab itu membuatkan aku bersedih dan malu. Nantilah bila aku sudah ada rezeki, aku akan hubungi mereka. Namun terdetik juga rasa bersalah. yelah...aku kini sudah memeluk agama Islam. Aku takut mak dan ayah salahkan suami, atau menyalahkan agama baruku. Lagipun dalam Islam, perbuatan memutuskan hubangan silaturahim adalah tidak digalakkan malahan tidak dibolehkan. Cuma aku masih belum bersedia.
Ndok, mak...berilah aku masa...
Cita-citaku sejak di sekolah menengah lagi aku sudah impikan akulah yang akan membangunkan rumah baru kami. Yelah...jika dilihat-lihat, semua orang kampung sudah mendirikan rumah baru, rumah batu dua tiga tingkat. Rumah kami masih usang nun di atas bukit. Aku juga mahu rumah batu...sekali-sekala aku berselisih pendapat dengan suamiku apabila membayangkan rumah baru yang ingin kami bina. Suami mahu rumah ala kampung, aku pula mahu rumah moden dengan semua kelengkapan moden. Yelah...dia dah biasa dengan rumah moden. Aku pula sudah lama tinggal dirumah kayu. Aku juga ingin seperti orang lain. Rumah tersergam besar. Bolehlah aku berbangga.
Bukan...bukan niatku untuk menunjuk-nunjuk. Tapi ada juga sedikit niat tu...hehe...yelah...keluargaku selalu dipandang rendah. Mentang-mentang kami miskin. Salah orang lain pun selalu menjadi salah keluargaku kalau ada antara ahli keluargaku yang terlibat sama. Adik beradikku lah kepala paling jahat menurut mereka. Mak dan ayah pula tak pernah menyokong kami, malahan kami pula dileteri. Tambahan pula mak dan ayak bukan jenis suka berkempen mencari undi (bergosip). Mak dan ayah lebih selesa duduk dirumah, menjauhkan diri dari gosip orang kampung. Mungkin mak dan ayah malu kerana kami miskin.
Sabar ndok..mak...aku akan ubah semua itu. Aku cuma perlukan masa.
Aku juga teringin menjadi seorang wanita dalam perniagaan. Tak usahlah sekorporat mana, asalkan perniagaan berjaya. Bukan nama dan sanjungan yang aku kejar, cuma duit untuk mengubah hidup keluarga.
Aku tak mahu anak-anakku nanti merasa susah. Kerana aku sudah merasa sengsaranya. Biarlah mereka dimanja, tapi batas agama haruslah tetap ada. Aku tak mahu anak-anakku jadi derhaka dan suka berfoya, kerana bila aku mati kelak, merekalah yang aku harapkan untuk mendermakan Yassin dan Al-Fatihah untukku. Tentu sejuk aku dan suami di alam sana.
Oh...sungguh besar cita-citaku. Sungguh sempurna bunyinya. Mampukah aku mencapainya.Insyallah...
Aku dan Impian Hidupku. Hanya usaha juga yang menentukan. Dengan Izin Allah, dengan rezeki dari-Nya, nasib keluargaku pastikan ku bela.
Hatiku resah tak menentu
mataku tak mahu lelap
fikiran ku celaru
Mengapa aku diburu sesuatu
Sesuatu yang aku tak tahu
Mungkinkah aku tersilap dimana-mana?
Mungkin aku belum pulih sepenuhnya?
Mungkin hanya syak wasangka semata?
Atau mungkin memang benar apa disangka?
Bagaimanakan ku beroleh ketenangan
Kepada Allah sudahku menadah tangan
Sedangkan aku hanya mahu perasaan senang
aku tak ingin berhati rawan
aku tak ingin imanku goncang
Bagiku di pagi raya ini, meski tidak menyambut dengan kuih muih, hidangan lazat dan sahabat handai, aku sudah cukup bersyukur. Raya kali ini adalah raya kedua bagiku sejak memeluk agama Islam pada Awal Muharram 2008. Dan raya kali ini juga raya penuh kemenangan bagiku. Dapat berpuasa penuh walau satu hari terlepas sebab ABC (Allah bagi Cuti), bulan ramadhan kali ini aku lalui penuh keinsafan dan semakin banyak yang aku pelajari. Alhamdullillah. Syukur kerana Allah memberikan aku suami yang tidak membiarkan aku mencari-cari dan teraba-raba dalam agama baruku.
Bulan Ramadhan kali ini juga, syukur Alhamdullillah aku menemui malam lailatur qadar.Perasaan syukur itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Insyallah, lepas raya ni aku dan suami akan sama-sama mula mencari rezeki. Mungkin perniagaan yang dirancang tidak akan datang dalam waktu terdekat ini, tapi perut perlu diisi dan anak-anak adalah tanggungjawab kami.
Salam Aidilfitri buat semua....
Finally aku rasa teringin nak masuk forum. So aku masuk forum bidayuh info. jangan tak tau aku ni bidayuh. Kat situ pun macam boring jugak. Sebab post pun kebanyakan dah outdated. Finally aku decide join blogger forum. Macam best. Tak de lah publish post baru, just reply to orang lain punya post je.
Anyway, kepada sesape yang join apa-apa Internet marketing punya program dan ada website sendiri, menyertai forum-forum yang berkaitan dengan niche website adalah cara yang baik untuk promote blog anda. Bagaimana?
Melalui Backlink...caranya, dengan meletakkan signature pada profile anda, atau letakkan link website anda pada setiap post. Mengikut buku-buku yang pernah saya baca, cara ini boleh menaikkan page rank disamping untuk menarik trafik ke website anda.
Aku pun masih cuba-cuba ni. Nanti kalo ada kemajuan akan dimaklumkan. Oh ye, blogger forum ni kebanyakannya di join oleh mereka yang mempunyai persoalan tentang blogging. Jika ada kemusykilan boleh lah masuk, and post kan soalan anda. Kalau tak nak post soalan pun boleh browse soalan member-member, sebab blogger forum ni dah lama bertapak, so kemungkinan ada soalan yang sama dengan permasalahan yang anda alami.
Anyway, my id dalam blogger forum ialah "sherry".Tak boleh nak add pun. Saja nak bagitau..
Salam....
Petang tadi aku menonton drama bersiri Senandung Si Dayang, kat hujung crite tu adalah diselitkan petikan surah. Bunyinya lebih kurang begini "Janji allah adalah pasti, janganlah minta disegerakan" lebih kurangla...
Aku tergelak bila membacanya. Iyelah...selama ni, aku selalu mendoakan agar dicepatkanlah proses untuk mendapatkan projek ni walaupun jauh disudut hati aku pasti sangat projek itu mesti dapat jugak. Tapi bila dah hampir setahun menunggu ni, rasa macam tak sabar nak dapat. Patutlah tak dapat kan. Takdir itu ditangan Tuhan, kalau tak dapat hari ni, pasti ada sebabnya. Mungkin ada orang lain yang lebih berhak. Tak apalah...sabar sahaja menunggu...
Satu lagi perkara untuk dikongsi bersama. Suamiku ada share satu benda yang sangat berguna padaku hari ni. Aku pun bukan jenis yang rajin sangat nak buat research. Pernahkah anda semua tertanya tanya apa maksud Iman dan Taqwa? Memang kadang-kadang kita rasa kita dah cukup faham tentang perkara ini. Malahan bibir kita ringan menyebutnya tanpa benar-benar mengerti apa maksudnya.
Simple meaning yang aku pelajari hari ni ialah:-
Beriman kepada Allah - Sayang kepada Allah
Bertakwa kepada Allah - Takut kepada Allah( maksudnya takut untuk melanggar apa yang tak patut dilanggar,takut melakukan perkara yang mungkar,takut akan balasan di akhirat kelak)
Alhamdulillah...secebis bingkisan buat renungan.
Jenuh dan terasa macam nak give up dah. Memanglah banyak program yang free untuk disertai, google adsense, bidvertiser. Affiliate macam clickbank dan ebay pun free jugak. Satu lagi yang menarik minat aku adalah vemmabuilders.
Memanglah free untuk join, tapi dalam usaha untuk berjaya dalam semua tu kena modal untuk advertising jugak. Nak beli domain name, hosting. Nak verified paypal pun kena ada credit card. Manalah aku ada credit card. Nak apply debit card pun nak modal jugak.
Hari ni aku terjumpa satu software yang best sangat dalam usaha nak increase income adsense aku. Tapi mahal giler. $47. Dalam malaysian ringgit seratus lebih la tu. It is a malaysian product. Aku memang respect giler dengan mereka yang buat tu. Best best best...
Tapi sesungguhnya kalau usaha digandakan, kemungkinan impian itu akan tercapai.
Internet marketing memang kena ada modal. Tak kira wang ringgit, tenaga dan masa. Buat masa ni modal yang aku ada hanyalah tenaga dan masa. Insyallah...Semua manusia ada rezekinya yang tersendiri.
So kitorang pegi kat bazaar dekat dengan Bintang Supermarket Kajang. Setelah seminggu berpuasa baru hari ni ada peluang menjengah. Nasib baik ada kakak yang prihatin, meskipun kakakku bukan muslim, tapi pasti dia dapat menyelami hatiku yang teringin juga untuk merasai kemeriahan bazar ramadhan.
Tapi aku rasa sedih sangat masa beli first lauk, gulai paku masak lemak. Aku mintak RM1, macam makan untuk sorang pun tak cukup. Mintak tambah pula singgit, baru cukup untuk sorang. Oh...mahalnya. Aku kata okey je, malas nak tambah. Aku terus cakap ngan kakak, meh la kita balik. Lebih baik masak kat rumah. Macam mahal sangat je. Tapi kakak kata tak pe. Kita tengok gerai lain.
Nampak pula gerai air. Oh....tembikai susu, fevret ku. Pergi tanya kat empunya kedai, ada dua jenis plastik. Satu kecik and satu besar sikit je. Bezanya dah singgit. Huh...teingat tahun lepas beli kat damansara yang dua hengget boleh minum sampai sahur. Aku dah mula muka masam dah. Terlepas jugak marah ku kat awek yang jaga kedai tu. Cekik darah! kataku sedikit menjerit.
Oh....nah...ambik. Aku dah buat satu dosa. Berkali suamiku ajak balik je sebab tak nak kakak membazir. Tapi kakak kata takpe...diorang pun nak buat duit jugak. Tapi bagiku ini dah cukup melampau.
Finally beli jugak dua tiga jenis lauk. itu pun sikit sikit dengan harga yang rasanya kalo beli sekor ayam boleh makan untuk 2-3 hari.
Dalam perjalanan balik aku ngan suamiku mengomel geram. Perniagaan memang digalakkan dalam Islam tapi perniagaan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak adalah lebih digalakkan. Bukannya cekik darah macam ni. "Hilang pahala diorang" kutukku.
Haha...tapi akhirnya aku tersedar. Pahala aku pun dah hilang jugak sebab mengumpat. Seriously, ni lah kali terkahir aku nak menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan untuk puasa tahun ni.
Finally after discuss ngan suamiku, kami setuju hari ni makan ulam je pun tak pe. Oh ye...ikan masin ada sikit lagi, boleh sekali goreng. And telur, suamiku kata pandai-pandailah dia mix and matchkan dengan apa yang ada. Asal cukup rasa, dalam perut pun bergaul juga.
Aku memang boleh dikatakan terer jugaklah bab buat sambal belacan ni. Because I love sambal belacan. Boleh dikatakan kalau ada sambal belacan, aku boleh makan dua pinggan hanya dengan sambal je. Ikan masin pun sama. Both are my favorite.
Time berbuka, suami kata dia bersyukur dapat isteri yang sanggup bersusah senang bersama. Sanggup makan apa adanya. Hati terasa bahagia sangat-sangat. Sambil berbuka, aku bersyukur kepada Allah. Walaupun berbuka serba kurang, tapi perut kenyang dan hati senang.
Suami kata, suatu hari nanti bila dah senang, pasti kita akan merindui detik detik ini. Aku memang takkan lupakan semua ini. Ia terlalu manis bagiku. Walaupun wang ringgit merupakan keperluan untuk menjalani hidup, tapi kebahagiaan membuatkan hati lebih tenang. Duit berjuta takkan dapat membeli saat-saat manis begini. Syukur Alhamdulliah...
Kat sini saya share satu video yang baru saja saya download. Kalau hari-hari buka laptop, mulakan dengan bacaan Bismillah sebelum melakukan yang lain-lain, dan kemudian bernyanyi sama diiringi video klip tersebut, Insyallah tak lama lagi boleh lah menghafal.
Saya pernah terbaca artikel yang mengatakan apabila kita menghafal 99 nama Allah, kita dijanjikan akan menjadi penghuni syurga di Akhirat kelak. Jika kita mampu untuk melakukan atau menyanyikan lagu rap atau hip hop yang bukan main laju dan payah, apalah salahnya kita menyanyikan nasyeed ini. Insyallah....sambil menyanyi sambil kita mendekatkan diri kepada Allah, pencipta kita.
Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia menyukai yang ganjil." - (H.R. Abu Hurairah ra)
Setiap daripada 99 nama Allah itu mempunyai khasiatnya tersendiri. Insyallah jika ada masa terluang nanti akan saya kupaskan bersama.
Walau apapun, ampun maaf jika ada terkasar bahasa, saya hanya saudara baru yang ingin belajar dan mendalami agama yang saya cintai ini. Segala yang saya kongsi mungkin tidak sebaik yang dikongsi orang lain, tapi niat di hati hanya ingin mendalami dan berkongsi.
Sharing is caring.....
Salam
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." (surah Ar-Ra'ad ayat 11)
"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)
Di atas adalah antara kumpulan surah yang sentiasa membuatkan aku bersabar menghadapi cabaran hidup. Janji manusia kadang-kadang tidak boleh dipegang. Tapi janji Allah adalah yang pasti. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berdoa dan meminta kepadaNya. Doa kita mungkin tidak akan terkabul sekelip mata, tapi kesabaran dan adalah perkara yang paling utama. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah takka memberikan cabaran yang tidak mampu kita pikul. Kerana itu, bersyukurlah diatas setiap dugaan yang menimpa kerana satu persatu dugaan itu mengajar kita rempah kehidupan dan kadang-kadang akan menjadi pedoman dihari muka.
Aku bukannya munafik. Sebagai manusia biasa memang kadang-kadang perasaan putus asa itu muncul. Kadang-kadang aku merasakan bahawa Allah tidak memperdulikan aku. Dan alangkah berdosanya aku kerana berfikiran begitu.
Satu-satunya cara untuk menjauhkan diri dari perasaan sebegitu ialah dengan sentiasa bersangka baik pada Allah. Dalam erti kata lain, sentiasalah berfikiran positif. Segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Sekian saja cetusan jiwa. Jika ada tersilap maafkanlah...
Memang ia masih baru bagiku. Mungkin dah ramai yang kaya raya buat duit kat internet ni. Tapi tak pastilah betul ke tidak sebab sekadar membaca sahaja. Tak pernah jumpa para taiko yang mengatakan mereka buat duit beribu-ribu hanya dengan bekerja dari rumah menggunakan internet. Antara option yang aku temui setakat ini ialah Google adsense dan affilliate. Masih dalam usaha mencuba.
Rezeki itu sentiasa ada dimana-mana. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mencarinya. Insyallah, setiap manusia dikurniakan dengan rezeki dengan cara tersendiri. Ada yang dikurniakan dengan harta berjuta dan ada juga yang dikurniakan dengan keluarga bahagia. Kedua-duanya adalah rezeki dan kita harus bersyukur.
Berusahalah dan berdoalah kepada Allah semoga dimurahkan rezeki. Jangan pernah patah semangat dan jangan pernah berputus asa. Allah itu maha pemurah dan Allah suka mereka yang berdoa kepadanya.
Ya, aku akan teruskan usahakan mencari rezeki di Internet. Insyallah, aku juga akan menemui rezeki itu. amin.
Penuh sehari berpuasa. Kali ini aku dapat merasakan kepuasan berpuasa walaupun baru sehari. Rahsianya, aku cuba mengamalkan kaedah berpuasa dengan betul, merujuk kepada artikel yang saya poskan semalam. Taklah semuanya saya amalkan. Bak kata orang, Slow- slow...
Walaupun berbuka serba simple, namun tak jadi masalah. Lagipun itulah yang biasa menjadi sanatapan setiap hari. Berpuasa menggalakkan kita bersederhana. Bukannya makan berlebih-lebihan. Walaubagaimanapun, tak dapat dinafikan ada juga rasa terkilan kerana tidak dapat menjenguk bazaar ramadhan.
Tapi kebetulan berdekatan kawasan perumahan ni ada juga makcik yang menjual kuih. So, aku dan suami beli dua jenis kuih. Itu sudah kira bagus, sebab kalau diikutkan, biasanya makan mana ada nak kena ada kuih kan.... Dan kebetulan juga kedai kat bawah ada jual buah kurma. Alhamdulillah, tercapai juga hajat. Dan sesungguhnya umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)
Kandungan gula di dalam buah kurma telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.
Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa membuang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.
Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.
Itu saja yang sempat saya kongsikan hari ini. Salam Ramadhan...
Okeh..kat bawah ni saya sediakan lafaz niat berpuasa dan juga niat berbuka puasa.
Lafaz niat dan niat berpuasa:
"Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardi Ramadhana hazihis-sanati lillahi ta'ala."
yang bermaksud :-
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"
Doa berbuka puasa:
"Allahumma laka sumtu wa'ala rizqika aftartu."
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Itulah dia....senang sahaja nak hafal kan. Saya juga menemui satu artikel menarik mengenai kaifiat (cara) puasa yang ingin saya kongsikan bersama pengunjung blog ini. Artikel ini say petik daripada http://suaranurikhwan.blogspot.com/. Renung-renungkanlah dan jika boleh, sama-samalah kita amalkan.
KAIFIAT (CARA) PUASA
Berikut adalah antara tatacara yang patut dijadikan panduan bagaimana kita seharusnya menjalani ‘Ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, semuga mendapat keredhaan dan beroleh ganjaran pahala seterusnya melayakkan kita meraih darjah taqwa daripada Allah swt. Insya Allah:
- Bangun di satu pertiga akhir malam untuk solat tahajud bersama ahli keluarga (lebih kurang jam 4.45 pagi).
- Mandi hadas besar sebelum fajar (jika melakukan jimak), supaya memasuki puasa dalam keadaan suci bersih.
- Setelah masuk waktu sahur sebaik-baiknya mentakhirkan waktunya menjelang waktu subuh (setengah jam sebelum waktu subuh), hendaklah bersahur walaupun dengan seteguk air. (pengaplikasian waktu imsak tiada dalam Sunnah Nabi saw)
- Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh sambil membaca Al-Qur’an.
- Usahakan supaya dapat melakukan solat berjamaah Subuh di Surau, Masjid atau bersama keluarga di rumah.
- Setelah selesai solat subuh berjama’ah, bacalah Al Quran seberapa yang mampu.
- Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum, mendekati isteri (jimak) dan dari segala yang boleh membatalkan puasa serta perkara yang menghilangkan pahala puasa (menjaga anggota yang enam iaitu mata, telingga, lidah, tangan, kaki dan hati).
- Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan–pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
- Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah seperti mengumpat, memfitnah dan memperkatakan kehormatan manusia lain.
- Menahan diri dari pengaruh marah dan dari bersikap kurang baik, kurang sabar dan sifat-sifat lain yang tercela (mazmumah).
- Memperbanyakkan sedekah (sama ada berbentuk wang, tenaga, kuih muih dan sebagainya).
- Usahakanlah supaya setiap solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah beserta solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardhu).
- Berusaha agar sentiasa berada dalam majlis-majlis ‘ilmu. Mempergunakan setiap waktu di bulan Ramadhan untuk mendalami masalah-masalah keagamaan.
- Seboleh mungkin supaya di tiap-tiap hari selepas solat zohor dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca Al Quran.
- Berdoa kepada Allah sebelum tiba waktu berbuka dan semasa berpuasa, membanyakkan taubat, membanyakkan kebajikan dan menjauhi segala yang dibenci Allah.
- Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan tiga biji tamar atau makanan yang manis yang belum disentuh oleh api.
- Sesudah solat Maghrib berjama’ah, baru disempurnakan makan dengan dituruti adab-adabnya.
- Pada tiap-tiap malam dikerjakan solatul qiyam atau qiyam Ramadhan iaitu solat sunat Tarawih.
- Apabila tiba sepuluh hari terakhir, banyakkanlah ibadat dengan jalan beriktikaf dan usahakanlah memperolehi "lailatul qadar" yang terletak di salah satu malam dari malam yang ganjil pada sepuluh hari yang akhir (dari malam 20 hingga 30).
Jika ada sebarang komen atau apa-apa teguran, silalah post kan komen. Maklumlah kita manusia seringkali berlaku kesilapan. Sama-samalah kita tegur menegur dan memperbaiki diri.
Salam Ramadhan...
Sape kate aku malas gosok gigi? Rajin apa... cuma zaman kecik-kecik dulu je yang malas gosok gigi. Mak ngan bapak pon tak de paksa gosok gigi masa tu. hehe....mak bapak jgak yang salah...
Dah telan sebijik painkiller tadi...tapi maybe sebab perut tak dak isi apa lagi tak de la kesannya. Aiyoo....
Siapa yang tak pernah mengalami kekecewaan? Siapa yang tak pernah gagal dalam hidup? Siapa tak pernah mengalami kejayaan. Kita semua pernah berjaya. Malah kita sudah berjaya pada hari pertama kita bernafas di dunia ini, yakni saat kita dilahirkan. Bayangkan lah berapa ratus atau juta benih yang bersaing dalam rahim ibu kita, dan kita telah berjaya mendapat tempat untuk dilahirkan menjadi manusia sempurna. Renung-renungkanlah.....
Boleh dikatakan saat ini aku dalam saat kejatuhan dan kekecewaan yang teramat sangat. Namun syukur Alhamdullillah, kekecewaan ini mendekatkan lagi aku kepada Allah. Ye lah...dulu dok happy je sampai lupa akan Pencipta kita. Bagi yang tengah happy tu, beringatlah. Bak kata pepatah, kekadang kita ada di atas, dan kekadang kita ada dibawah. Sediakanlah diri kita untuk menghadapi hari dimana kita akan berada di bawah itu.
Bukannya hendak menunjuk pandai, cuma berkongsi pengalaman. Jemput-jemputlah datang ke blog ini lagi...