Not A Friend

What do you call a friend that love to see you suffer?

Not A friend.


Alkisahnya, ada seorang sahabat. Aku bukan hendak memburukkan, tapi aku menulis ni eh...menaip ni pun setelah lama aku melakukan penilaian. Memang tidak layak untuk kita manusia menilai manusia lain, melainkan Dia yang mencipta kita.

Namun aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari perasaan kecewa. Jadi cerita ini aku kongsikan sekadar buat iktibar sesama kita.

Aku dan suami ada seorang sahabat perempuan. Aku kenal dia ni pun melalui suamiku. Dia dah kenal suami aku sebelum suami dan aku bertemu. Dia dah anggap suami aku macam abang sendiri.

The funny thing is, she's always arround masa kitorang tengah senang dulu. Orangnya memang baik, cantik, mulut manis. Tapi bagi aku dia seorang yang hipokrit. Dia memang suka buat kawan, tapi the first thing yang dia cuba cari pada kawan baru tu ialah kelemahan, keburukan atau mengetahui masalahnya.Di depan, dia bertindak sebagai kaunselor, di belakang, dialah kaki mengumpat. Macam mana aku tau? Mestilah aku tau, sebab dia selalu mengumpat orang kat depan aku.

Sebenarnya aku memang kurang selesa dengan dia. Tapi memandangkan dia tak pernah buat salah didepan aku (maklumlah, mulut manis) dan memandangkan dia rapat dengan suamiku maka aku diamkan aje. Aku memang tak de menyimpan perasaan cemburu kat dia, sebab aku tahu, suamiku seorang suami yang setia, baik dan prihatin.

So, aku dan suami melalui saat kesusahan, setahun lebih jugakla. Dia mula hilang. Masa tu, perempuan ni hilang entah ke mana.Sampailah terjadi beberapa insiden yang betul-betul menyedihkan. Tetiba sahaja dia call. Mula-mula suami bersetuju denganku. Kami sepakat untuk tidak berhubung lagi dengan kawan-kawan lama yang hanya ada bersama waktu gembira.

Tapi perempuan ni tak putus asa. Sehari sahaja, berapa puluh miss call dari dia. tak cukup dengan itu, dia try email jugak. Dalam email dia memujuk agar menghubungi dia, dan mengatakan rindulah....nak jumpalah....ape lah.

Suamiku yang lembut hati akhirnya luluh juga. Dia minta aku menghubungi perempuan tu. Aku memang tak berapa suka, tapi aku memikirkan mungkin ada betulnya perempuan ni memang boleh diharap sebagai sahabat.

Lalu aku sms dia dengan number baru. Dia cepat-cepat je call. Lama juga berbual. So dia tanya pasal kehidupan aku dan suami. Dia tanya itu dan ini. Dan tak lupa jugak dia tanyakan betulkan satu insiden yang memalukan (insidennya biarlah rahsia)terjadi pada kami. Aku masa tu tak fikir apa-apa. Aku ceritakan padanya.

And that is the last time she called. Sampai sekarang dah 2 bulan dia menyepi. Dulu bukan main lagi beria-ia dia nak jumpa. Rupanya dia cuma hendak mengesahkan cerita yang dia dengar. Kerana rasa kecewa dengan sikapnya, aku luahkan juga pada suami.

Ternyata suamiku punya pendapat yang sama.Suamiku minta maaf padaku kerana mendesak aku menghubungi perempaun tu. Dan katanya, memang dalam Islam, digalakkan mengekalkan hubungan silaturrahim. Tapi kalau ia memudaratkan, tak salah untuk mengelak. Lagipun silaturrahim tu ada perkataan rahim yang maksudnya pertalian keluarga. Jadi lebih baik kami mementingkan pertalian keluarga daripada sahabat. Lagipun keluarga tetap bersama kita di saat susah dan senang. Kawan boleh hilang begitu sahaja.

Konklusinya, jika bersahabat itu menyakitkan, lupakan sajalah....sahabat yang betul akan berada bersama kita disaat susah dan senang. Bukan hanya di waktu senang.

Renung renungkan...

0 comments:

Post a Comment