Bersabarlah

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." (surah Ar-Ra'ad ayat 11)

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)



Di atas adalah antara kumpulan surah yang sentiasa membuatkan aku bersabar menghadapi cabaran hidup. Janji manusia kadang-kadang tidak boleh dipegang. Tapi janji Allah adalah yang pasti. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berdoa dan meminta kepadaNya. Doa kita mungkin tidak akan terkabul sekelip mata, tapi kesabaran dan adalah perkara yang paling utama. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah takka memberikan cabaran yang tidak mampu kita pikul. Kerana itu, bersyukurlah diatas setiap dugaan yang menimpa kerana satu persatu dugaan itu mengajar kita rempah kehidupan dan kadang-kadang akan menjadi pedoman dihari muka.


Aku bukannya munafik. Sebagai manusia biasa memang kadang-kadang perasaan putus asa itu muncul. Kadang-kadang aku merasakan bahawa Allah tidak memperdulikan aku. Dan alangkah berdosanya aku kerana berfikiran begitu.

Satu-satunya cara untuk menjauhkan diri dari perasaan sebegitu ialah dengan sentiasa bersangka baik pada Allah. Dalam erti kata lain, sentiasalah berfikiran positif. Segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Sekian saja cetusan jiwa. Jika ada tersilap maafkanlah...

0 comments:

Post a Comment