Aku dan Impian Hidupku

sungguh besar impian hidupku, namun tanpa apa-apa dan usaha itu semua hanya tinggal angan kosong. Siapa yang tak mengimpikan hidup kaya raya, duit berjuta,keluarga bahagia dan hidup bersama insan yang dicinta.

Setakat ini hanya satu impian itu aku penuhi. Hidup bersama insan yang dicinta. Bukan keluarga ku tak bahagia.Keluargaku tiada cacat celanya. Tiada konflik. Malahan aku dibekalkan dengan datuk dan nenek, ayah dan ibu pun masih ada. Ada kakak, ada abang, ada adik lelaki dan juga adik perempuan. Tiada yang kurangnya. Tapi bagiku aku belum lagi berjaya memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya. Entah mengapa bagiku, dalam keluargaku, bagiku, akulah yang bertanggungjawab untuk membahagiakan keluarga. Membuatkan mereka senyum berbangga adalh impianku.Meskipun aku anak tengah, dari lapan beradik aku anak kelima, namun aku selalu menganggap akulah harapan besar keluarga. Sebab itu dalam keadaan sekarang ini aku rasa bersalah yang amat. Kadang-kadang rasa malu.

Kalau dulu masa masih bekerja dan mampu mengirimkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan ke kampung hampir setiap minggu aku telefon mak dan ayah di kuching. Malah dalam sehari kadang-kadang dua kali. Tapi sekarang ini aku malu nak bertanya khabar mak dan ayah. Hinggakan kadang-kadang sakit demam diorang pun aku tahu dari adik beradik yang lain.

Tidak, mak dan ayah tak pernah membeza-bezakan kami, yang berduit atau yang tidak. Cuma rasa tangggungjawab itu membuatkan aku bersedih dan malu. Nantilah bila aku sudah ada rezeki, aku akan hubungi mereka. Namun terdetik juga rasa bersalah. yelah...aku kini sudah memeluk agama Islam. Aku takut mak dan ayah salahkan suami, atau menyalahkan agama baruku. Lagipun dalam Islam, perbuatan memutuskan hubangan silaturahim adalah tidak digalakkan malahan tidak dibolehkan. Cuma aku masih belum bersedia.

Ndok, mak...berilah aku masa...

Cita-citaku sejak di sekolah menengah lagi aku sudah impikan akulah yang akan membangunkan rumah baru kami. Yelah...jika dilihat-lihat, semua orang kampung sudah mendirikan rumah baru, rumah batu dua tiga tingkat. Rumah kami masih usang nun di atas bukit. Aku juga mahu rumah batu...sekali-sekala aku berselisih pendapat dengan suamiku apabila membayangkan rumah baru yang ingin kami bina. Suami mahu rumah ala kampung, aku pula mahu rumah moden dengan semua kelengkapan moden. Yelah...dia dah biasa dengan rumah moden. Aku pula sudah lama tinggal dirumah kayu. Aku juga ingin seperti orang lain. Rumah tersergam besar. Bolehlah aku berbangga.

Bukan...bukan niatku untuk menunjuk-nunjuk. Tapi ada juga sedikit niat tu...hehe...yelah...keluargaku selalu dipandang rendah. Mentang-mentang kami miskin. Salah orang lain pun selalu menjadi salah keluargaku kalau ada antara ahli keluargaku yang terlibat sama. Adik beradikku lah kepala paling jahat menurut mereka. Mak dan ayah pula tak pernah menyokong kami, malahan kami pula dileteri. Tambahan pula mak dan ayak bukan jenis suka berkempen mencari undi (bergosip). Mak dan ayah lebih selesa duduk dirumah, menjauhkan diri dari gosip orang kampung. Mungkin mak dan ayah malu kerana kami miskin.

Sabar ndok..mak...aku akan ubah semua itu. Aku cuma perlukan masa.



Aku juga teringin menjadi seorang wanita dalam perniagaan. Tak usahlah sekorporat mana, asalkan perniagaan berjaya. Bukan nama dan sanjungan yang aku kejar, cuma duit untuk mengubah hidup keluarga.

Aku tak mahu anak-anakku nanti merasa susah. Kerana aku sudah merasa sengsaranya. Biarlah mereka dimanja, tapi batas agama haruslah tetap ada. Aku tak mahu anak-anakku jadi derhaka dan suka berfoya, kerana bila aku mati kelak, merekalah yang aku harapkan untuk mendermakan Yassin dan Al-Fatihah untukku. Tentu sejuk aku dan suami di alam sana.

Oh...sungguh besar cita-citaku. Sungguh sempurna bunyinya. Mampukah aku mencapainya.Insyallah...

Aku dan Impian Hidupku. Hanya usaha juga yang menentukan. Dengan Izin Allah, dengan rezeki dari-Nya, nasib keluargaku pastikan ku bela.

0 comments:

Post a Comment