Petua Mengelakkan Pergaduhan Besar Dengan Pasangan Anda

Sebenarnya aku takde idea nak post tajuk apa hari ni tapi teringin sangat nak buat posting. Sebenarnya inilah caranya aku melepaskan tensionku bila boring melanda. Bagaimana dengan anda? Ada tak petua untuk mengelakkan pergaduhan besar dengan pasangan anda? Tak kira lah kekasih atau pun suami?

Pergaduhan tu memang sering terjadi. Biasanya perkara kecil pun nak digaduhkan, dan kadang-kadang pergaduhan itu tak berasas. Maksud pergaduhan besar yang saya cuba nak bagi petua ni ialah pergaduhan yang bermula kecil-kecilan. Tapi pergaduhan kecil ni selalu akan membawa kepada pergaduhan besar. Yelah, kalau sama-sama tak mahu mengalah, dari topik yang satu, melarat pula ke topik lain. Contohnya bergaduh mulanya sebab bilik tidur bersepah. Gaduh punya gaduh masuk pula topik tak larat nak mengemas sebab banyak kerja lain tak siap, kemudian masing-masing mengungkit pasal kerja masing-masing dan kemudian bergaduh pasal duit, siapa yang kerja lebih dan macam-macam lagi. Ini baru senario.

Saya tak delah petua yang hebat sangat. Cuma apa yang saya amalkan. Dulu bila bergaduh dengan suami, aku lebih suka mendiamkan diri. Tapi berdiam pun bahaya juga sebab nanti dia naik geram dan mula mengagak itu dan ini. Dan bila menjawab pula, lain pula mulalah topik gaduh yang lain timbul. Aku sebenarnya dulu kaki gaduh juga, dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tapi dengan suami, ada rasa hormat semacam kat dia. Yelah, dialah suami kita, syurga aku ada di tapak kakinya, dan mungkin juga kerana perbezaan umur yang jauh membuatkan aku hormat padanya.

So, bila bergaduh tu, aku lebih suka diam. Dalam hati aku membaca ayat Al-Fatihah. Hahaha.....entah darimana aku dapat idea nak buat macam tu. Masa baru mula-mula menjadi saudara baru dulu, itulah ayat pertama yang aku belajar. Sekarang ni Ayat Kursi pun aku dah hafal dan beberapa zikir yang lain.

Berkesan juga cara ni, sebab bila aku perhatikan, suamiku akan sejuk sendiri. Bila dah sejuk tu barulah aku minta maaf. Aku salah ke, tak salah ke, aku minta maaf juga. Bayangkan kalau anda tengah marah dan pasangan anda minta maaf, sejuk tak hati?

Bila aku fikir-fikirkan balik, logik juga cara yang aku buat ni.Sebab bila kita bergaduh,syaitan betepuk tangan dan mula menghasut kita dengan fikiran yang bukan-bukan. Membaca ayat-ayat suci, mampu menahan kita daripada termakan pujukan syaitan.

Itulah satu petua aku bagaimana untuk mengelakkan pergaduhan kecil menjadi besar. Nak amalkan atau tidak tu, tak tau lah...sekadar berkongsi cerita.

Walau apapun saya tak menjamin kemujarabannya. Sebab petua ni saya yang cipta sendiri. Dari sudut agama, saya sendiri tak pasti, sebab saya pun masih teraba-raba lagi.

Salaam...

0 comments:

Post a Comment