A Very Important Day, Yesterday

3 September 2009 memang hari yang dianti-nantikan buat aku dan suami. Tarikh untuk meeting for our proposal dah di setkan pada hari tu. Imagine berapa kali postpone. Memang penat menunggu. Alhamdulillah....suamiku kata semuanya okay and kalau tiada aral melintang our proposal akan dibawa ke shareholder meeting hujung bulan ni. Satu lagi penantian yang menyakitkan.


Petang tadi aku menonton drama bersiri Senandung Si Dayang, kat hujung crite tu adalah diselitkan petikan surah. Bunyinya lebih kurang begini "Janji allah adalah pasti, janganlah minta disegerakan" lebih kurangla...

Aku tergelak bila membacanya. Iyelah...selama ni, aku selalu mendoakan agar dicepatkanlah proses untuk mendapatkan projek ni walaupun jauh disudut hati aku pasti sangat projek itu mesti dapat jugak. Tapi bila dah hampir setahun menunggu ni, rasa macam tak sabar nak dapat. Patutlah tak dapat kan. Takdir itu ditangan Tuhan, kalau tak dapat hari ni, pasti ada sebabnya. Mungkin ada orang lain yang lebih berhak. Tak apalah...sabar sahaja menunggu...

Satu lagi perkara untuk dikongsi bersama. Suamiku ada share satu benda yang sangat berguna padaku hari ni. Aku pun bukan jenis yang rajin sangat nak buat research. Pernahkah anda semua tertanya tanya apa maksud Iman dan Taqwa? Memang kadang-kadang kita rasa kita dah cukup faham tentang perkara ini. Malahan bibir kita ringan menyebutnya tanpa benar-benar mengerti apa maksudnya.

Simple meaning yang aku pelajari hari ni ialah:-

Beriman kepada Allah - Sayang kepada Allah
Bertakwa kepada Allah - Takut kepada Allah( maksudnya takut untuk melanggar apa yang tak patut dilanggar,takut melakukan perkara yang mungkar,takut akan balasan di akhirat kelak)

Alhamdulillah...secebis bingkisan buat renungan.

0 comments:

Post a Comment