Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga hari raya tahun ini membawa kegembiraan kepada semua dan mengeratkan lagi silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan menyambung talian yang terputus.
Bagiku di pagi raya ini, meski tidak menyambut dengan kuih muih, hidangan lazat dan sahabat handai, aku sudah cukup bersyukur. Raya kali ini adalah raya kedua bagiku sejak memeluk agama Islam pada Awal Muharram 2008. Dan raya kali ini juga raya penuh kemenangan bagiku. Dapat berpuasa penuh walau satu hari terlepas sebab ABC (Allah bagi Cuti), bulan ramadhan kali ini aku lalui penuh keinsafan dan semakin banyak yang aku pelajari. Alhamdullillah. Syukur kerana Allah memberikan aku suami yang tidak membiarkan aku mencari-cari dan teraba-raba dalam agama baruku.
Bulan Ramadhan kali ini juga, syukur Alhamdullillah aku menemui malam lailatur qadar.Perasaan syukur itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Insyallah, lepas raya ni aku dan suami akan sama-sama mula mencari rezeki. Mungkin perniagaan yang dirancang tidak akan datang dalam waktu terdekat ini, tapi perut perlu diisi dan anak-anak adalah tanggungjawab kami.
Salam Aidilfitri buat semua....

0 comments:
Post a Comment