Bagaimana Persediaan Ramadhan dan Raya tahun Ni

Hmmm.....
Sabtu ni dah nak puasa dah. Aku dah mula risau semacam. Senang cerita aku dan suami memang betul-betul pokai sekarang ni. Dua-dua tengah menganggur. Itulah, berani sangat ambil risiko. Ikut plan, kami sama-sama nak fokus pada bisnes yang baru je dibina. Tapi faham-faham ajelah, mengejar projek dengan kerajaan ni, kalau tak setahun menunggu jangan harap la.... Mula-mula ingat hujung bulan Julai dengarlah khabarnya, tak jugak. Tunggu Ogos ni, nampak macam tak jugak. Dengar khabar maybe september pulak....hmmm...entahlah.
Sekarang ni kami sama-sama tengah mencari kerja. Harap-harap ada rezeki buat berbuka. Nak membebankan kakak-kakak, kesian pula. Diorang pun bukannya banyak gaji sangat. Nampak gayanya tak beraya lagi lah aku.
Tapi mungkin Ramadhan ini akan mengajar aku lebih banyak tentang kesabaran, taqwa dan segala-sagalanya. Aku memang masih mentah dalam bab Islam ni. Baru je 2 tahun masuk Islam. Tapi syukur Alhamdulillah, suami banyak membimbing. Secara ikhlasnya, aku bersyukur kerana menemui agama ini. Agama yang telah banyak memberikan aku ketenangan. Dan rasanya banyak juga sifat burukku yang telah aku tinggalkan sejak meninggalkan Islam. Rasa aman je. Walaupun tengah susah macam ni, aku ambil sikap positif. Pada aku, maybe ada sesuatu disebalik cabaran ini. Mungkin Allah hendak menguji aku dan suami. Allah sentiasa ada perancanganNya.
Rasa tak sabar nak puasa. tahun ni kalau tak bazaar ramadhan pun tak apelah. Bila difikir fikirkan balik, membazir je pun. Nafsu lapar ketika berpuasa mendorong kita untuk membeli secara berlebih-lebihan. Yang ini nak, yang tu nak, semua nak lah....apatah lagi lauk pauk dah kuih muih bermacam-macam warna. Sungguh mengiurkan. Tapi bila dah berbuka nanti, bukannya habis pun. Nak simpan untuk sahur pun macam dah boring tengok lauk yang sama.
Itu pasal puasa...raya, kebetulan raya nanti birthday aku. Jadi bolehlah aku celebrate kan birthday aku, dan juga raya sekali. Baju raya memang tak de tahun ni, lagipun nak kemana....teman-teman semua menghilang saat kita dalam kesusahan. Dulu masa senang, tak senang duduk dibuatnnya. Handphone tak habis-habis berbunyi. Sekarang handphone boleh buat sunyi je.
Syukur Alhamdullillah, dalam itu aku mengenali siapa sahabat dan siapa bukan sahabat sejati. Itu yang aku pelajari dari kesusahan.
Pada sesiapa yang mungkin sedang mengalami nasib yang sama, sentiasa lah ambil sika positif. Kerana kalau asyik berfikiran negatif, menyalahkan diri sendir atau menyalahkan oranag lain takkan ada kesudahannya. Renung-renungkanlah dimana kesilapan kita dan perbaiki lah. Mungkin masih ada jalan.
Adios....

0 comments:

Post a Comment