Esok dah mula puasa. Hari ni,aku nak kongsikan bersama niat berpuasa. Pasti ramai yang dah tahu kan, tapi tak apalah. Internet ni free je. Manalah tau kalau ada yang masih terkial-kial macam saya ni. Dua tahun sudah berpuasa, aku cuma mampu melafaskan niat dalam masa melayu je. Hari ni aku google Internet cari niat puasa bulan ramadhan dalam tulisan rumi. Hehe...Iqra pun saya tak lulus lagi. Insyallah jika ada kesempatan mungkin tahun depan boleh la belajar.
Okeh..kat bawah ni saya sediakan lafaz niat berpuasa dan juga niat berbuka puasa.
Lafaz niat dan niat berpuasa:
"Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardi Ramadhana hazihis-sanati lillahi ta'ala."
yang bermaksud :-
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"
Doa berbuka puasa:
"Allahumma laka sumtu wa'ala rizqika aftartu."
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Itulah dia....senang sahaja nak hafal kan. Saya juga menemui satu artikel menarik mengenai kaifiat (cara) puasa yang ingin saya kongsikan bersama pengunjung blog ini. Artikel ini say petik daripada http://suaranurikhwan.blogspot.com/. Renung-renungkanlah dan jika boleh, sama-samalah kita amalkan.
Okeh..kat bawah ni saya sediakan lafaz niat berpuasa dan juga niat berbuka puasa.
Lafaz niat dan niat berpuasa:
"Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardi Ramadhana hazihis-sanati lillahi ta'ala."
yang bermaksud :-
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"
Doa berbuka puasa:
"Allahumma laka sumtu wa'ala rizqika aftartu."
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Itulah dia....senang sahaja nak hafal kan. Saya juga menemui satu artikel menarik mengenai kaifiat (cara) puasa yang ingin saya kongsikan bersama pengunjung blog ini. Artikel ini say petik daripada http://suaranurikhwan.blogspot.com/. Renung-renungkanlah dan jika boleh, sama-samalah kita amalkan.
KAIFIAT (CARA) PUASA
Berikut adalah antara tatacara yang patut dijadikan panduan bagaimana kita seharusnya menjalani ‘Ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, semuga mendapat keredhaan dan beroleh ganjaran pahala seterusnya melayakkan kita meraih darjah taqwa daripada Allah swt. Insya Allah:
- Bangun di satu pertiga akhir malam untuk solat tahajud bersama ahli keluarga (lebih kurang jam 4.45 pagi).
- Mandi hadas besar sebelum fajar (jika melakukan jimak), supaya memasuki puasa dalam keadaan suci bersih.
- Setelah masuk waktu sahur sebaik-baiknya mentakhirkan waktunya menjelang waktu subuh (setengah jam sebelum waktu subuh), hendaklah bersahur walaupun dengan seteguk air. (pengaplikasian waktu imsak tiada dalam Sunnah Nabi saw)
- Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh sambil membaca Al-Qur’an.
- Usahakan supaya dapat melakukan solat berjamaah Subuh di Surau, Masjid atau bersama keluarga di rumah.
- Setelah selesai solat subuh berjama’ah, bacalah Al Quran seberapa yang mampu.
- Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum, mendekati isteri (jimak) dan dari segala yang boleh membatalkan puasa serta perkara yang menghilangkan pahala puasa (menjaga anggota yang enam iaitu mata, telingga, lidah, tangan, kaki dan hati).
- Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan–pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
- Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah seperti mengumpat, memfitnah dan memperkatakan kehormatan manusia lain.
- Menahan diri dari pengaruh marah dan dari bersikap kurang baik, kurang sabar dan sifat-sifat lain yang tercela (mazmumah).
- Memperbanyakkan sedekah (sama ada berbentuk wang, tenaga, kuih muih dan sebagainya).
- Usahakanlah supaya setiap solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah beserta solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardhu).
- Berusaha agar sentiasa berada dalam majlis-majlis ‘ilmu. Mempergunakan setiap waktu di bulan Ramadhan untuk mendalami masalah-masalah keagamaan.
- Seboleh mungkin supaya di tiap-tiap hari selepas solat zohor dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca Al Quran.
- Berdoa kepada Allah sebelum tiba waktu berbuka dan semasa berpuasa, membanyakkan taubat, membanyakkan kebajikan dan menjauhi segala yang dibenci Allah.
- Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan tiga biji tamar atau makanan yang manis yang belum disentuh oleh api.
- Sesudah solat Maghrib berjama’ah, baru disempurnakan makan dengan dituruti adab-adabnya.
- Pada tiap-tiap malam dikerjakan solatul qiyam atau qiyam Ramadhan iaitu solat sunat Tarawih.
- Apabila tiba sepuluh hari terakhir, banyakkanlah ibadat dengan jalan beriktikaf dan usahakanlah memperolehi "lailatul qadar" yang terletak di salah satu malam dari malam yang ganjil pada sepuluh hari yang akhir (dari malam 20 hingga 30).
Jika ada sebarang komen atau apa-apa teguran, silalah post kan komen. Maklumlah kita manusia seringkali berlaku kesilapan. Sama-samalah kita tegur menegur dan memperbaiki diri.
Salam Ramadhan...
0 comments:
Post a Comment