Weekend Datang Lagi

Macam cepat je minggu ni berlalu, esok dah hari sabtu. Aku masih terfikir-fikirkan apa agaknya aktiviti yang aku nak buat untuk sabtu and ahad.

Kawan aku yang masuk hospital last week baru je kuar malam tadi, so instead of vissitting her at the hospital, maybe aku nak jenguk dia kat rumah dia esok. Problemnya poket dah kering dah sekarang nie. Tapi Insyallah, bakal aku usahakan. Lagipun aku dah janji dengan 2 orang best friend aku untuk sama-sama gi jenguk dia and juga boleh dikatakan "gathering". Yelah...last aku jumpa diorang is at the end of 2008. Oh...dah lama jugak rasanya. Nama je best friend.

Aku dok fikir-fikir jugak tentang menu untuk saturday and sunday. Macam biasa la...aku dah bertanggungjawab sepenuhnya sebagai tukang masak kat rumah, walaupun aku tak de lah sehebat mana. Cuma takat yang aku pandai je. Maybe aku nak buat sambal tumis ikan bilis aku yang selalu mendapat permintaan dikalangan isi rumah. Dan maybe jugak nak buat samabal untuk ulam timun. Fuh....kalau part sambal menyambal memang aku taiko ler...sebab aku memang suka sangat makan sambal.

Next monday baru hubby aku dapat gaji. So aku kenalah kreatif dan jimat sikit. Walaupun bulan ni budget very tight, aku tak rasa stress sangat sebab aku tau, duit telah dibelanjakan dengan baik. Antaranya, untuk elaun anak-anak, beli barang skolah diorang, kirim duit untuk mak kat kampung and untuk belanja sakit adik bongsuku yang sampai sekarang tak sembuh-sembuh lagi. Aku dan hubby tak de belanja beli benda yang hebat-hebat bulan ni sebab banyak keperluan lain. So mostly kitorang belanja makan minum and minyak and tol je.

Next month aku nak hubby aku shopping untuk pakaian ofis dia, sebab dah lama sangat tangguh and banyak yang dah lusuh. and also nak beli produk Milelea Greenfield Organic untuk dia sebab berat badannya dah naik secara mendadak. Aku nak dia turunkan berat badan, bukan sebab aku tak suka dia gemuk, tapi aku nak dia sihat and menjauhkan diri dari penyakit-penyakit kronik yang mungkin akan menyerang.

Milelea Greenfield Organic ni memang produk yang sangat aku percayai walaupun maybe ramai yang kata rasanya sangat tak sedap. Tapi yang penting bagi aku ialah kesannya. Tahun 2008 me and my hubby beli memang berjaya turunkan berat badan, tapi ktorang berhenti masa tu atas sebab-sebab kewangan. sekarang ni dah tak ada alasan nak mengelak lagi.

Aku join Milelia ni masa aku study dulu lagi. Tapi produk yang aku dah try hanyalah Milelia greenfield organic and susu soyanya sebab nak kena mix dua-dua untuk diminum. Sape tak nak beli powder soya tu kat milelea boleh beli susu soya kotak kat kedai je, atau pun mix kan organic tu dengan minuman lain seperti orange juice, apple juice, nak letak honey pun boleh.

Aku bukanlah nak jual sangat benda ni. Aku join pun sebab untuk kepentingan sendiri. Kalau ada sapa-sapa nak bertanya tentang Milelea greenfield organic ni boleh la tanya kat aku, just for specific ptoduct sebab itu je yang aku pakar. Product lain tunggu aku try dulu.

Okeh....sekian coretan aku hari ni.....

XOX


0 comments:

Post a Comment