My Blogger Wife

My blogger wife....itu kata suamiku padaku pagi tadi sebelum dia pigi keje. Saja untuk bergurau tapi meninggalkan effect besar padaku. Rasa macam kecik hati and kena perli tapi dia kata he's proud of me.

Bila dipikirkan balik kenapa aku berblogging? Oh...sebabnya ada banyak. Tapi yang paling penting, untuk memenuhkan masa aku yang terlalu lapang. Aku dudk sorang2 kat rumah every weekdays and aku memang sangat boring. Blog membuatkan aku rasa hidup and I feel connected to people. Walaupun most of my readers is a strangers. Tak pe. Aku tak kire.

Kalau masa sekolah dulu aku suke sangat buat cerpen. Aku beli buku latihan yang comey2 ada gambar mermaid and aku buat cerpen. Banyak jugak koleksiku tapi dah habis aku bakar sejak aku berhijrah ke KL. Cerpen-cerpen tersebut tak pernah aku bagi orang baca sebab malu. Sebabnya ia adalah imaginasi and angan-angan yang tak tercapai olehku.

Bila harga laptop dah murah aku mintak bapakku belikan aku laptop. Sejak itu aku mula buat cerpen kat laptop. Aku memang seronok menaip. Oh...aku tak susun plot pun...semuanya mengkut hati dan jari menari. Idea memang cepat kuar. Kalau nak menyusun dan merancang memang aku lemah sikit.

Cerpen dalam laptop pun aku dah delete semua sejak aku kawen sebab aku tak nak hubby aku baca. Dalam erti kata lainnya, melalui bidang penulisan, aku mahu menjadi orang lain, bukan diriku tapi aku tak nak orang lain tahu sebab aku tau angan-angan tu takkan menjadi kenyataan dan tak sesuai untuk aku kejar pun.

Sejak aku kenal internet dan arena blog pula, mula timbul passion baru. This time aku buat blog untuk orang lain baca, tapi seingat aku, aku tak penah kasi url blog aku kat kawan-kawan atau orang yang aku kenal rapat. Walaupun aku tak de mengumpat dorang.

Sekarang baru aku sedar, aku ni boleh tahan berahsia jugak. Bukan berahsia atas sebab yang tak baik, tapi aku nak menjaga hati orang-rang yang aku sayang. tak salahkan?

Aku berblogging juga untuk mendengar pendapat orang lain. Apa yang aku tak boleh lakukan dalam kehidupan seharian.

Aku pun tak paham akan diriku. Cubalah pahamkan...

XOX

0 comments:

Post a Comment