Astaghfirullah Al-Azim.......

Semalam aku dilanda kecewa yang teramat sangat sehingga fikiran ku memikirkan yang bukan. Dari perkara kecil hingga ke yang besar. AKu kecewa hanya kerana hidangan makan malamku tidak berjamah. Padahal aku sudah begitu bersemangat menjalankan tugasku seperti setiap petang yang selalunya. Malahan tugasku selesai awal dari yang selalunya.

Baru beberapa minit selesai memasak, suamiku call and bagitau dia baru saja lepas makan petang. Aku dah mula risau kerana memang nasi yang ku masak agak banyak dan begitu juga lauknya. Tapi nasib baik ada kakakku. Mungkin hari ini kakak akan makan banyak daripada biasa. Itu sahaja harapanku.

Malangnya, malam itu kakakku langsung tidak menjamah makan malam, malahan tidak menjenguk periuk, sebaliknya terus tidur seawal pukul 9.30 malam. Aku benar-benar rasa kecewa. Aku sedih dan banayk lagi perasaan lain bercampur baur dalam diriku. Dari perasaan itu, timbullah prasangka buruk. Aku memaki-maki kakakku dalam hati. Aku marah kerana dia tak memberitahuku dia tak mahu makan malam sedangkan dia ada ketika aku memasak. sekurang-kurangnya aku boleh masak yang ringan-ringan sahaja.

Aku didatangi perasaan marah dan tertekan. Duduk dirumah setiap hari, menjadi tukang masak atau juga suri rumah tangga begitu membuatkan aku tertekan. Apa tidaknya, memasak bukanlah hobiku. Malahan tidak banyak menu yang boleh aku masak. Boleh dikatakan setiap minggu menu yang sama mengikut pusingan dan kebanyakannya menu ayam. Cuma sekali sekala aku cuba untuk memasak sayur dan mengolahnya kerana harganya tidak semahal mana. Kalau tak sedap, boleh dibuang, kalau sedap esok lusa boleh buat lagi.

Aku berasa bosan hidup begitu. Aku sudah bosan memikirkan menu untuk hari ini dan esok. Aku bosan melihat hasil kerjaku tidak dihargai. Aku tidak sepatutnya berada disini. Aku sepatutnya bekerja di pejabat. Aku sepatutnya mempunyai peluang untuk memanfaatkan Ijazah yang aku ada. Bukannya menjadi tukang masak. Kerana tidak tertahan, akhirnya niatku itu aku luahkan pada suamiku.

Dan seperti biasa jawapan suamiku tetap sama. Bersabarlah...dan bersyukurlah. Bersabarlah kerana esok lusa bila kami sudah berpindah rumah, barulah aku boleh mencari kerja berdekatan dengan rumah baru itu. Aku bukanlah pandai sangat tentang selok belok KL ni. Malahan nak guna bas, ketapi dan monorel pun aku tak tahu langsung. Bersyukurlah....kerana sekarang hidup kami sudah semakin membaik. Sekurang-kurangnya sekarang suamiku sudah bekerja. Dan kami tidak lagi mengalami masalah kewangan.

Jawapan suamiku itu aku telan bulat. Aku malas mahu berbahas kerana apapun yang aku katakan jawapannya tetap akan sama dan memang sudah menjadi sifatku taat dan hormat keputusan suamiku. Namun perasaan geram masih lagi berbaur dalam hati.

Bangun pagi, pagi ini aku masih lagi dengan perasaan yang sama. Apatah lagi apabila terasa sunyi kerana sendirian di rumah.

Namun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja aku seolah diketuk dan disedarkan oleh sesuatu atau seseorang atau juga satu suara.

Astaghfirullah Al-Azim.......
Astaghfirullah Al-Azim.......
Astaghfirullah Al-Azim.......

Baru sahaja aku tersedar bahawa aku sudah berdosa hanya kerana pekara kecil itu. Berdosa sungguh aku kerana membiarkan iblis memainkan perasaan ku. Berdosa sungguh aku kerana tidak bersyukur. Berdosa sungguh aku kerana menganggap kerja aku lebih susah dari kerja suamiku di pejabat. Berdosa sungguh aku kerana tidak menghargai apa yang aku nikmati saat ini. Berdosa sungguh aku kerana menyalahkan orang lain diatas kelemahan diriku. Astaghfirullah Al-Azim.......

1 comments:

silver girl said...

astaghfirullahalazim.. btul tu kdg2 kta terlalu mngikut perasaan.. ambil masa skejap utk bersyukur dgn apa yg kta ada.. insyaAllah.. sesungguhnya terlalu byk nikmat yg dkurniakan kpd kta tanpa kta sedari.. :)

Post a Comment