Kisah Hidup Ikan Guppyku

Dulu aku memang tak de langsung pets...aku tak suka kucing sebab penah tengok adegan sadis dia terkam kaki mak aku. Aku tak suka anjing sebab betis aku penah kena geget anjing masa tadika dulu. Ikan lagi la aku tak suka sebab kena cuci akuarium. Malah aku penah kata kat kakak aku yang bela ikan "aku tak nak jadik kuli binatang" masa dia mintak aku tolong cuci akuarium.


Tapi sekarang daha ada kemajuan. Aku suka kucing, tapi suka sekor je, iaitu kucing kawan aku. Kucing hutan yang sangat ganas, tapi sangat comel dan hensem. Nama omputehnya, bengal cat. Hensem betoi...bulunya halus, and matanya sangat tajam. Mukanya kurus dan sangat hensem. And bulunya jugak macam bulu leopard ada bulat-bulat. Badannya panjang sangat panjang and very muscular. Jeritannya sangat kuat dan nyaring, bole mengamuk di buatnya kalo time mengawannya dah sampai.Tapi dah lama taak jumpa kucing tu...apa pun dia lah the one and the only cat yang aku suka.

inilah dia rupa bengal cat....lawa tak? Tapi harga mahal gile....sape nak beli kat Malaysia ni ada penjual yang berlesen dan bole tahan glemer. Jenguk ler pendekar-bengal.com




Anjing memang aku tak suka and takkan suka sebab aku pun dah masuk Islam. Tapi tak bermakna aku benci.

Ikan pulak aku dah mula suka sekarang ni. Bermula sejak ikan kakak aku mati. Aku macam kesian sebab rumah dah tak de bunyi akuarium and kakak aku macam tensen je. So aku ajak hubby aku gi beli ikan. Kawan aku kata kalo beli akan guppy, toksah penat-penat cuci akuarium sebab diorang suka membersihkan kotoran diorang sendiri. So, dah tak de masalah le kan.


ni ler rupa ikan guppy, very colorful kan....


Aku beli 10 ekor ikan guppy, 5 jantan and 5 betina. Harganya RM1.50 sekor. Yang tinggal sekarang hanya 1 betina dan 2 jantan. Ni dah masuk 4 bulan ler...banyak plak yang dah mati. Tapi diorang dah beranak pinak, dah ada 7 anak remaja and baru-baru ni ada 4 baby baru.

Hobi aku tiap pagi lepas semabahyang subuh ialah mengira jumlah sume dorang dalam akuarium tu. Kot-kot ada tambahan. Ikan guppy ni cantik sangat tapi sangat kecik. Aku tak de ambik gambar diorang lagi takat ni. Kalo dah ada nanti aku share.

begitulah alkisahnya....so the best pets ever ialah bengal cats and guppy fish!!!!


0 comments:

Post a Comment