Ada sesiapa yang merupakan penggila sudoku? I used words "penggila" kerana biasanya sesiapa yang main sudoku ni secara suka-suka je, akan menjadi addicted to it. Tapi kepada sesiapa yang tak minat, memang diorang pandang pun tak sudi.
Sejarah aku dan sudoku bermula sejak final year kat UNIMAS dulu. Mula-mula cuma try nak solve sudoku puzzle dalam newspaper je. Until finally aku mula beli bukunya sekali. Takat ni aku ada dah beli 2 buku sudoku. Kenapa 2 je? Hendak dijadikan cerita, kepala otak aku ni memang lembab sangat bab math ni. Dulu kat sekolah memang slalu fail math. Kat university kena repeat sekali untuk math for business and repeat 2 kali untuk math. discrete. Uuh....tensen gila. Walaupun aku lembab math, tapi aku bukanlah x reti mengira. Yang simple2 tu xde masalah la...sekadar tolak, tambah, darab and bahagi dan peratus. Lebih sikit je dari tu aku dah mula slow sikit.
First time nampak sudoku ni, aku cuba-cuba je. Tapi bila berjaya siapkan satu easy puzzle, aku memang happy bagi nak rak walaupun ianya puzzle tahap beginner. Bagiku itu satu pencapaian. Walaupun Sudoku ni tak melibatkan kira-mengira, tapi ia melibatkan number. Slogan peganganku time study dulu mula berubah. Dari "I HATE NUMBERS" kepada "I LOVE NUMBERS".
Puzzle Sudoku ni ada dari 3X3, 6X6, 9x9 dan ada banyak lagi. Yang paling besar aku pernah try ialah Megasudoku 25x25. Untuk megasudoku ni aku ambil masa at least seminggu untuk siapkan. hahha...tergelak dog orang yang terer sudoku ni agaknya..Tapi kalau aku betul2 free maybe boleh siapkan dalam 3 or 4 hari. Bagai nak koyak page tu sebab banyak kali padam.
Oh ye...nak main sudoku ni, lebih elok kalau guna pensel and pemadam berbanding guna pen. Tips for beginner lah. Bagi yang terer tu, tak tau la...kot-kot pakai pen and liquid kot.
Seperti yang aku katakan tadi, sudoku ni tidak melibatkan kira mengira. Tapi lebih kepada ketelitian untuk menyusun setiap nombor yang telah sedia ada dalam susunan yang berterabur. Dalam satu line atau kotak, satu number tak boleh timbul 2 kali. Untuk satu puzzle memang ada satu jawapan je. Satu number je salah, the whole puzzle pun salah. Di sinilah challenge nye....
How is soduko train my brain....kalau tak train my brain tak delah sampai aku stress gila sebab satu puzzle je. Kadang-kadang sampai rambut pun kusut. Actually, sudoku ni boleh train kita menjadi lebih teliti dan berhati-hati. Selain itu ada jugak beberapa puzzle yang memerlukan logic. And ada juga yang memerlukan trial and error. Inilah yang banyak mengajar aku sebenarnya. Dari orang yang huru-hara dan bersikap cincai kepada lebih teliti. Berani mengambil risiko hanya apabila risiko itu selamat untuk diambil dan bukannya membabi buta.
anyway, in my family aku sorang je yang gile sudoku ni. I beleive it's a great feeling to share this hobby with people who have the same interest. Setakat ni aku lom jumpa lagi kawan yang suka sudoku ni. kalau ada sapa-sapa yang minat sudi-sudilah kita buat kawan, boleh kita sama-sama menggilai benda ni.
0 comments:
Post a Comment