Aku Sangat Nak.....

Oh...bolehlah dikatakan aku sangat desperate untuk menjana income aku sendiri. Menjadi seorang suri rumah yang menyerikan rumah saban hari tidak mendatangkan income melalui titik peluh aku sendir. Google Adsense aku pun masih jauh panggang dari limit untuk cash out. Oh...bagaimanakah caranya?

Aku takde paypal, benda paling penting untuk buat duit kat internet ni. Macam manakah aku hendak mengadakannya? Aku tak de kerid kad, memang aku tak nak ade pon. Debit kad, bank jauh benor dari rumah, lagipun aku memang tak suka kuar rumah kalau hubby aku tak de sama. Rasa macam tak selamat je. adkah aku terlalu rajin mencipta alasan? Atau adakah aku terlalu manja? Oh orang.....bagilah aku idea. Bagilah aku idea cepat.....

Betulkah boleh buat duit di Internet? Ataukah ia hanya tipu semata-mata? Perlukah aku ada produk sendiri? Kalau perlu apa agaknya produk paling bagus aku buat sedangkan aku ni bukanlah manusia yang keratif.

Wahai para otai yang menggelarkan diri mereka raja itu dan raja ini, tampillah membantu rakyat mu yang maha hina ini. Patik cuma mahu mengecap kejayaan bersama.

Aku dah penat perah kepala otak aku sampai dah kering. Toksah sidai pun dah tak pe. Namun takde jugak idea yang keluar, dan akhirnya aku hanya merapu disini.

Bagaimanakah...oh bagaimanakah?.....

Akulah mantan....akulah penganggur....

XOXO


0 comments:

Post a Comment