Kisah Hidup Ikan Guppyku

Dulu aku memang tak de langsung pets...aku tak suka kucing sebab penah tengok adegan sadis dia terkam kaki mak aku. Aku tak suka anjing sebab betis aku penah kena geget anjing masa tadika dulu. Ikan lagi la aku tak suka sebab kena cuci akuarium. Malah aku penah kata kat kakak aku yang bela ikan "aku tak nak jadik kuli binatang" masa dia mintak aku tolong cuci akuarium.


Tapi sekarang daha ada kemajuan. Aku suka kucing, tapi suka sekor je, iaitu kucing kawan aku. Kucing hutan yang sangat ganas, tapi sangat comel dan hensem. Nama omputehnya, bengal cat. Hensem betoi...bulunya halus, and matanya sangat tajam. Mukanya kurus dan sangat hensem. And bulunya jugak macam bulu leopard ada bulat-bulat. Badannya panjang sangat panjang and very muscular. Jeritannya sangat kuat dan nyaring, bole mengamuk di buatnya kalo time mengawannya dah sampai.Tapi dah lama taak jumpa kucing tu...apa pun dia lah the one and the only cat yang aku suka.

inilah dia rupa bengal cat....lawa tak? Tapi harga mahal gile....sape nak beli kat Malaysia ni ada penjual yang berlesen dan bole tahan glemer. Jenguk ler pendekar-bengal.com




Anjing memang aku tak suka and takkan suka sebab aku pun dah masuk Islam. Tapi tak bermakna aku benci.

Ikan pulak aku dah mula suka sekarang ni. Bermula sejak ikan kakak aku mati. Aku macam kesian sebab rumah dah tak de bunyi akuarium and kakak aku macam tensen je. So aku ajak hubby aku gi beli ikan. Kawan aku kata kalo beli akan guppy, toksah penat-penat cuci akuarium sebab diorang suka membersihkan kotoran diorang sendiri. So, dah tak de masalah le kan.


ni ler rupa ikan guppy, very colorful kan....


Aku beli 10 ekor ikan guppy, 5 jantan and 5 betina. Harganya RM1.50 sekor. Yang tinggal sekarang hanya 1 betina dan 2 jantan. Ni dah masuk 4 bulan ler...banyak plak yang dah mati. Tapi diorang dah beranak pinak, dah ada 7 anak remaja and baru-baru ni ada 4 baby baru.

Hobi aku tiap pagi lepas semabahyang subuh ialah mengira jumlah sume dorang dalam akuarium tu. Kot-kot ada tambahan. Ikan guppy ni cantik sangat tapi sangat kecik. Aku tak de ambik gambar diorang lagi takat ni. Kalo dah ada nanti aku share.

begitulah alkisahnya....so the best pets ever ialah bengal cats and guppy fish!!!!


Weekend Datang Lagi

Macam cepat je minggu ni berlalu, esok dah hari sabtu. Aku masih terfikir-fikirkan apa agaknya aktiviti yang aku nak buat untuk sabtu and ahad.

Kawan aku yang masuk hospital last week baru je kuar malam tadi, so instead of vissitting her at the hospital, maybe aku nak jenguk dia kat rumah dia esok. Problemnya poket dah kering dah sekarang nie. Tapi Insyallah, bakal aku usahakan. Lagipun aku dah janji dengan 2 orang best friend aku untuk sama-sama gi jenguk dia and juga boleh dikatakan "gathering". Yelah...last aku jumpa diorang is at the end of 2008. Oh...dah lama jugak rasanya. Nama je best friend.

Aku dok fikir-fikir jugak tentang menu untuk saturday and sunday. Macam biasa la...aku dah bertanggungjawab sepenuhnya sebagai tukang masak kat rumah, walaupun aku tak de lah sehebat mana. Cuma takat yang aku pandai je. Maybe aku nak buat sambal tumis ikan bilis aku yang selalu mendapat permintaan dikalangan isi rumah. Dan maybe jugak nak buat samabal untuk ulam timun. Fuh....kalau part sambal menyambal memang aku taiko ler...sebab aku memang suka sangat makan sambal.

Next monday baru hubby aku dapat gaji. So aku kenalah kreatif dan jimat sikit. Walaupun bulan ni budget very tight, aku tak rasa stress sangat sebab aku tau, duit telah dibelanjakan dengan baik. Antaranya, untuk elaun anak-anak, beli barang skolah diorang, kirim duit untuk mak kat kampung and untuk belanja sakit adik bongsuku yang sampai sekarang tak sembuh-sembuh lagi. Aku dan hubby tak de belanja beli benda yang hebat-hebat bulan ni sebab banyak keperluan lain. So mostly kitorang belanja makan minum and minyak and tol je.

Next month aku nak hubby aku shopping untuk pakaian ofis dia, sebab dah lama sangat tangguh and banyak yang dah lusuh. and also nak beli produk Milelea Greenfield Organic untuk dia sebab berat badannya dah naik secara mendadak. Aku nak dia turunkan berat badan, bukan sebab aku tak suka dia gemuk, tapi aku nak dia sihat and menjauhkan diri dari penyakit-penyakit kronik yang mungkin akan menyerang.

Milelea Greenfield Organic ni memang produk yang sangat aku percayai walaupun maybe ramai yang kata rasanya sangat tak sedap. Tapi yang penting bagi aku ialah kesannya. Tahun 2008 me and my hubby beli memang berjaya turunkan berat badan, tapi ktorang berhenti masa tu atas sebab-sebab kewangan. sekarang ni dah tak ada alasan nak mengelak lagi.

Aku join Milelia ni masa aku study dulu lagi. Tapi produk yang aku dah try hanyalah Milelia greenfield organic and susu soyanya sebab nak kena mix dua-dua untuk diminum. Sape tak nak beli powder soya tu kat milelea boleh beli susu soya kotak kat kedai je, atau pun mix kan organic tu dengan minuman lain seperti orange juice, apple juice, nak letak honey pun boleh.

Aku bukanlah nak jual sangat benda ni. Aku join pun sebab untuk kepentingan sendiri. Kalau ada sapa-sapa nak bertanya tentang Milelea greenfield organic ni boleh la tanya kat aku, just for specific ptoduct sebab itu je yang aku pakar. Product lain tunggu aku try dulu.

Okeh....sekian coretan aku hari ni.....

XOX


My Blogger Wife

My blogger wife....itu kata suamiku padaku pagi tadi sebelum dia pigi keje. Saja untuk bergurau tapi meninggalkan effect besar padaku. Rasa macam kecik hati and kena perli tapi dia kata he's proud of me.

Bila dipikirkan balik kenapa aku berblogging? Oh...sebabnya ada banyak. Tapi yang paling penting, untuk memenuhkan masa aku yang terlalu lapang. Aku dudk sorang2 kat rumah every weekdays and aku memang sangat boring. Blog membuatkan aku rasa hidup and I feel connected to people. Walaupun most of my readers is a strangers. Tak pe. Aku tak kire.

Kalau masa sekolah dulu aku suke sangat buat cerpen. Aku beli buku latihan yang comey2 ada gambar mermaid and aku buat cerpen. Banyak jugak koleksiku tapi dah habis aku bakar sejak aku berhijrah ke KL. Cerpen-cerpen tersebut tak pernah aku bagi orang baca sebab malu. Sebabnya ia adalah imaginasi and angan-angan yang tak tercapai olehku.

Bila harga laptop dah murah aku mintak bapakku belikan aku laptop. Sejak itu aku mula buat cerpen kat laptop. Aku memang seronok menaip. Oh...aku tak susun plot pun...semuanya mengkut hati dan jari menari. Idea memang cepat kuar. Kalau nak menyusun dan merancang memang aku lemah sikit.

Cerpen dalam laptop pun aku dah delete semua sejak aku kawen sebab aku tak nak hubby aku baca. Dalam erti kata lainnya, melalui bidang penulisan, aku mahu menjadi orang lain, bukan diriku tapi aku tak nak orang lain tahu sebab aku tau angan-angan tu takkan menjadi kenyataan dan tak sesuai untuk aku kejar pun.

Sejak aku kenal internet dan arena blog pula, mula timbul passion baru. This time aku buat blog untuk orang lain baca, tapi seingat aku, aku tak penah kasi url blog aku kat kawan-kawan atau orang yang aku kenal rapat. Walaupun aku tak de mengumpat dorang.

Sekarang baru aku sedar, aku ni boleh tahan berahsia jugak. Bukan berahsia atas sebab yang tak baik, tapi aku nak menjaga hati orang-rang yang aku sayang. tak salahkan?

Aku berblogging juga untuk mendengar pendapat orang lain. Apa yang aku tak boleh lakukan dalam kehidupan seharian.

Aku pun tak paham akan diriku. Cubalah pahamkan...

XOX

Aku Sangat Nak.....

Oh...bolehlah dikatakan aku sangat desperate untuk menjana income aku sendiri. Menjadi seorang suri rumah yang menyerikan rumah saban hari tidak mendatangkan income melalui titik peluh aku sendir. Google Adsense aku pun masih jauh panggang dari limit untuk cash out. Oh...bagaimanakah caranya?

Aku takde paypal, benda paling penting untuk buat duit kat internet ni. Macam manakah aku hendak mengadakannya? Aku tak de kerid kad, memang aku tak nak ade pon. Debit kad, bank jauh benor dari rumah, lagipun aku memang tak suka kuar rumah kalau hubby aku tak de sama. Rasa macam tak selamat je. adkah aku terlalu rajin mencipta alasan? Atau adakah aku terlalu manja? Oh orang.....bagilah aku idea. Bagilah aku idea cepat.....

Betulkah boleh buat duit di Internet? Ataukah ia hanya tipu semata-mata? Perlukah aku ada produk sendiri? Kalau perlu apa agaknya produk paling bagus aku buat sedangkan aku ni bukanlah manusia yang keratif.

Wahai para otai yang menggelarkan diri mereka raja itu dan raja ini, tampillah membantu rakyat mu yang maha hina ini. Patik cuma mahu mengecap kejayaan bersama.

Aku dah penat perah kepala otak aku sampai dah kering. Toksah sidai pun dah tak pe. Namun takde jugak idea yang keluar, dan akhirnya aku hanya merapu disini.

Bagaimanakah...oh bagaimanakah?.....

Akulah mantan....akulah penganggur....

XOXO


East Of Eden


East of Eden adalah drama korea yang aku minati sekarang ni. Boleh dikatakan aku tak pernah miss lagi siarannya kat RTM2 every monday to thursday. Before this bersiaran pukul 12.30 tengahari tapi dah tukar ke pukul 11 pagi since last week. Aku sangat sukakan jalan ceritanya. Masa episod awal-awal dulu memang aku takleh stop kuar air mata sampai tersumbat hidung menengok cite ni. Walaupun nonton sowang2 pun aku leh nangis sampai tersedu.

Cite ni bermula dari Lee Dong Chul kecik, ke umur budak remaja, dewasa and ke time dia mengecapi kejayaan dalam karier. Watak Lee Dong Chul ni sangatlah best sebab dia seorang abang yang sangat menyayangi adiknya Lee Dong Wook, dan juga omaknye Choon Hee. Depa bertiga menyimpan dendam pada sorang lelaki bernama Shin Tae Hwan yang telah membunuh bapak Dong Chul ni masa Dong Chul kecik lagi. Dong Chul memang manja kat bapak dia masa keci-kecik and pembunuhan tu berlaku depan mata dia, tanpa disedari oleh si pembunuh tak guna tu.

Cerita ni memang sangat keras, penuh dengan dendam dan permainan politik kotor. Tapi aku sukakan watak Dong Chul ni sebab dia sangat humble, very loving person and sanggup berkorban untuk family and cintanya walaupun orang tak faham apa yang dia lakukan.

Antara pelakon cite ni ialah Song Seung Hun (Lee Dong Chul), Yun Jung Hoon ( Lee Dong wook), Park Hae Jin (Shin Myung Hun), Lee Da Hee (Min Hye Rin), Lee Yeon Hee (Gook Young Ran/Grace), Han Ji Hye (Kim Ji Hyun dan Dennis Oh (Mike)

Pada peminat cerita korea, bolehla beli and tambah koleksi u all, aku jamin memang berbaloi. Aku pun merancang nak beli cuma tak de masa nak gi cari lagi. Jumlah episod, 56.

Sekian update aku buat perkongsian bersama...

XOXO

My Busy Weekend

Oh...last weekend memang terasa sangat sibuk sampai tak sempat nak mengupdate blog. Sebagai penganggur and dok rumah je tiap hari memang biasanya jadual aku terbalik dengan orang yang bekerja. Sebabnya, monday to friday aku free kat rumahs so I have time to do the blogging. And bila saturday and sunday datang, aku sibuk melayan family and hubby.

Saturday lepas aku dan hubby pergi menjenguk anak kat Padang PJ Utara sebab ada match Rugby untuk MRSM schools. It's my first time watching Rugby actually so banyak jugak la yang aku belajar. Tapi terasa poyo jugakla sebab tak tau term yang diorang gunakan. Masa nak bersorak pun tak pasti nak jerit apa. Game rugby ni nampak begitu lasak and ganas sampai kekadang aku terjerit "BUNUH DIA!!!" sebab macam nak berbunuhan je. My hubby say Rugby is a gentleman game, tapi aku still tak faham part mana yang gentlemannya melihatkan tahap keganasannya. And usually tengok rugby kat tv body players sangatlah besar berketul, tapi bila tengok bebudak sekolah yang main, aku rsa macam nak tergelak pun ada jugak. Ada yang kecik-kecik, dan ada jugak yang badan besar tapi kulit licin macam anak manje je.

But anyway, I had a good time. My hubby sempat jugak bagi motavational talks to team our son MRSM Balik Pulau. Walaupun kalah, tapi bolehla dikatakan teknik permainan mereka sangat best especially those yang "defends" (I'm not sure with this terms).

Daniel, papa and auntie very proud of you...

Balik dari rugby, aku dan hubby terkejar-kejar nak sembahyang zohor and plannya nak tido sekejap sebab terasa penat sangat. But tetiba je kakak ipar call. Katanya diorang ada kat KL and ajak jumpa kat rumah sorang lagi abang Ipar kat Ulu Kelang. Ikutkan badan memang malas tapi memandangkan diorang datang dari jauh aku dan hubby pergi je.

We had a great time actually, really good time. This is my new family. A very big family and I am very proud to be a member of it. Dari kakak, abang,anak sedara and cucu. Ooh....aku dah jadi opah di usia yang muda memandangkan perbezaan usia aku ngan suami memang jauh sangat. Aku seronok sangat masa tu, apa lagi anak sedara and cucu sangat friendly and didn't even allow me to feels like I came from a diffrent planet. Thankyou you alls....

And Sunday pula aku dikejutkan dengan SMS dari kenalan yang bagitau one of my bestfriend was admitted to Selayang Hospital because of Liver Failure. What is that? Aku sedikit pun tak paham apa penyakit tu sebenarnya. Lebih2 lagi kawan aku tu muda lagi and sihat je except for dia punya masalah berat badan. So I thought It has something to do with obesiti.

Malam, me and hubby datang menjenguk dia. Time tu dia tgh tidur, so we request for doctor advice. Doktor tu kata my friend nie need more friend support sebab dia nampak sangat lemah and lonely. Oh....I feel so guilty sebab dah lama sangat tak jumpa dia.



Aku spent about 1 hour ngan dia sebab dah malam jugak. Aku rasa sebak sangat sebab nilah first time aku tengok dia dalam keadaan sakit camtu.Dalam hati berjanji aku takkan biarkan dia kesepian lagi.

So today I spread the news to our friends supaya datang support. I know she dont want it, but that is what she needs right now and the only i can do.

Dear my friend Sharon....Get well...and I am always your friend..

XOXO

My Merapu and About Docstoc

Hari ni aku betul tak de idea nak blog pasal apa. Bangun pun lewat gile...yelah, malam pun tido lewat and bangun pagi awal siapkan breakfast untuk suami. Lepas suami gi keje je, aku pun masuk selimut balik. Uuh...sedap betul. Bangun je tido nampak kakak sulung aku ada kat umah. Oopsss....tetangkap plak aku bangun lewat. Sah la aku tido mati sebab x dengan bunyi keta dia and tak dengar dia bukak pintu.

Dah dua jam aku cuba carik isu untuk update blog hari ni tapi takde yang berkenan atau juga aku memang xde mood. Finally aku turutkan kehendak jari dan hati je. Satu huruf turun diikuti dengan huruf2 lain. Hahaha...penah tak uols jadi macam ni?

Oh ye...datang plak satu idea ni. Penah tak uols sume dengar pasal Docstoc? Kalo tak penah, Docstoc ni adalah satu website/service yang membolehkan kite mengsharekan file-file kita seperti contohnya dalam bentuk pdf seperti ebook or artikel2 yang menarik. Tak menarik pun takpe. Docstoc ni free. Kalo nak carik bahan untuk wat keje ke, assignment ke, bole la pegi website ni. Aku pun baru je join last month tapi takat ni belum upload apa2 lagi. Oh ye...kalo nak upload, kena pastikan bukan upload benda yang ada copyright yang anda tak dibenarkan untuk menguploadkannya.

Yang bestnya, bagi yang menggunakan Google Adsense, uols bolehla menjana duit adsense dari docstoc ni. Kaedahnya sama macam meletakkan Adsense kat blog anda, cuma bukan uols yang letak html kodnya, tapi docstoc sendiri.

Namun, disebabkan bukan kita yang buat kije2 tu, maka earning from docstoc ni akan disharekan dengan docstoc 50/50. Tapi bukan docstoc yang bayor kite, tapi Google Adsense sindiri.

AKu pun belum mencubanya, tapi malam tadi buat research sket, so maybe sok lusa bule la aku mula bekeja. Memandangkan docstoc ni satu website yang mempunyai ranking yang tinggi and ramai yang visit, maka mudahla la kita nak mendapatkan klik.

Anda dah cuba ke? Kalo udah, maybe ada opinion sindili? Share-share kan lah....

XOXO

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Umat Kristian

Ooops.....isu berat ni. Sebenarnya aku memang mempunyai pendapat tersendiri tentang isu ini. Apatah lagi aku ini Mualaf, yang sebelumnya free thinker, then Kristian and then sekarang Islam. Tapi sebaiknya, aku tidak perlu mencurah pendapatku kerana isu ini adalah isu yang sangat sensitif, dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tapi aku sebenarnya cuma berharap agar isu ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang aman dalam tempoh masa yang cepat. Yang menjadi kebimbangan aku adalah keamanan negara. Ecewah....

Tapi memang betul, aku seringkali merasa bimbang dan risau setiap kali ada isu atau permasalahan berkaitan dengan isu agama dan bangsa yang timbul di Malaysia. Sebenarnya aku teramat-amatlah menyayangi negara ini dan aku tak mahu perpaduan dan keamanannya tergoyah. Negara Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada negara lain sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai kaum, agama dan bangsa yang berbeza tetapi mampu mengekalkan perpaduannya. Inilah kebanggaanku.

Doaku semoga pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini secepatnya, dan kita sebagai rakyat pula haruslah menyokong usaha kerajaan.

Entah apa yang aku merepekkan ni, tapi yang pasti aku cuma menginginkan keamanan untuk negara kita.

Satu Malaysia

XOXO

I am Not A Girl Not Yet A Woman

I used to think, I had the answers to everything
But now I know, life doesn't always go my way
Feels like I'm caught in the middle
That's when I realize

I'm not a girl, not yet a woman
All I need is time, a moment that is mine
While I'm in between, I'm not a girl

There is no need to protect me
Its time that I Learn to face up to this on my own
I've seen so much more than u know now
So don't tell me to shut my eyes

But if u look at me closely
You will see it in my eyes
This girl will always find her way

I'm not a girl
I'm not a girl don't tell me what to believe
Not Yet a woman
I'm just tryin to find the woman in me
All I need is time, a moment that is mine
While I'm in between

I'm not a girl, not yet a woman
All I need is time, a moment that is mine
While I'm in between

I'm not a girl, not yet a woman


LOL...itu dia luahan perasaan ku sekali sekala. Pernah tak you all merasakan keadaan yang sama? Ada ketikanya aku rasa terperangkap dalam keadaan ini. Keadaan di mana aku harus bersifat matang tetapi nun di sudut hati masih lagi ada perasaan dan perangai kebudak-budakkan. Ada ketikanya aku juga menginginkan dan melakukan sesuatu seperti mana waktu remaja dan kecil-kecil dulu,tetapi keadaan menuntut untuk aku tidak terlalu terikutkan perasaan.

JUST BE YOURSELF...itu kata orang. Itu mungkin benar tetapi ada ketikanya kita harus melakukan sebaliknya jika "BE YOURSELF" itu bukan apa yang orang di sekeliling anda sukakan. Kenapa perlu berpura-pura untuk memuaskan hati orang lain sekiranya kepuasan itu tiada dalam diri. Well....because you didn't live in this world alone. Of course kite perlu memikirkan perasaan orang lain. Respect others to make other respect you back. Treat others kindly so others will treat you good. And what if they dont? To hell with them! Yang penting kita dah mencuba yang terbaik.

We can always be ourselves....but at the right time and place. Maksudnya kita perlu bersifat fleksibel. Tak bolehlah ikutkan kepala sendiri je. Setiap manusia ada masanya bersendirian. Masa tu puaskanlah hati melakukan perkara yang disukai.

Huhu...entah apa yang aku merepek ni. Sebenarnya sekadar cetusan peribadi buat muhasabah diri..

XOXO.....


Sudoku - My Way to Train my Brain

Ada sesiapa yang merupakan penggila sudoku? I used words "penggila" kerana biasanya sesiapa yang main sudoku ni secara suka-suka je, akan menjadi addicted to it. Tapi kepada sesiapa yang tak minat, memang diorang pandang pun tak sudi.


Sejarah aku dan sudoku bermula sejak final year kat UNIMAS dulu. Mula-mula cuma try nak solve sudoku puzzle dalam newspaper je. Until finally aku mula beli bukunya sekali. Takat ni aku ada dah beli 2 buku sudoku. Kenapa 2 je? Hendak dijadikan cerita, kepala otak aku ni memang lembab sangat bab math ni. Dulu kat sekolah memang slalu fail math. Kat university kena repeat sekali untuk math for business and repeat 2 kali untuk math. discrete. Uuh....tensen gila. Walaupun aku lembab math, tapi aku bukanlah x reti mengira. Yang simple2 tu xde masalah la...sekadar tolak, tambah, darab and bahagi dan peratus. Lebih sikit je dari tu aku dah mula slow sikit.

First time nampak sudoku ni, aku cuba-cuba je. Tapi bila berjaya siapkan satu easy puzzle, aku memang happy bagi nak rak walaupun ianya puzzle tahap beginner. Bagiku itu satu pencapaian. Walaupun Sudoku ni tak melibatkan kira-mengira, tapi ia melibatkan number. Slogan peganganku time study dulu mula berubah. Dari "I HATE NUMBERS" kepada "I LOVE NUMBERS".

Puzzle Sudoku ni ada dari 3X3, 6X6, 9x9 dan ada banyak lagi. Yang paling besar aku pernah try ialah Megasudoku 25x25. Untuk megasudoku ni aku ambil masa at least seminggu untuk siapkan. hahha...tergelak dog orang yang terer sudoku ni agaknya..Tapi kalau aku betul2 free maybe boleh siapkan dalam 3 or 4 hari. Bagai nak koyak page tu sebab banyak kali padam.

Oh ye...nak main sudoku ni, lebih elok kalau guna pensel and pemadam berbanding guna pen. Tips for beginner lah. Bagi yang terer tu, tak tau la...kot-kot pakai pen and liquid kot.

Seperti yang aku katakan tadi, sudoku ni tidak melibatkan kira mengira. Tapi lebih kepada ketelitian untuk menyusun setiap nombor yang telah sedia ada dalam susunan yang berterabur. Dalam satu line atau kotak, satu number tak boleh timbul 2 kali. Untuk satu puzzle memang ada satu jawapan je. Satu number je salah, the whole puzzle pun salah. Di sinilah challenge nye....

How is soduko train my brain....kalau tak train my brain tak delah sampai aku stress gila sebab satu puzzle je. Kadang-kadang sampai rambut pun kusut. Actually, sudoku ni boleh train kita menjadi lebih teliti dan berhati-hati. Selain itu ada jugak beberapa puzzle yang memerlukan logic. And ada juga yang memerlukan trial and error. Inilah yang banyak mengajar aku sebenarnya. Dari orang yang huru-hara dan bersikap cincai kepada lebih teliti. Berani mengambil risiko hanya apabila risiko itu selamat untuk diambil dan bukannya membabi buta.

anyway, in my family aku sorang je yang gile sudoku ni. I beleive it's a great feeling to share this hobby with people who have the same interest. Setakat ni aku lom jumpa lagi kawan yang suka sudoku ni. kalau ada sapa-sapa yang minat sudi-sudilah kita buat kawan, boleh kita sama-sama menggilai benda ni.

My weekend and AJL

Oh...seronoknye last weekend. My hubby beli buah durian and mempelam. Rasanya dah lama dah tak makan durian and pelam. Syok habis...


Sambil tengok AJL sambil makan mempelam. So sweet...secara keseluruhannya, aku puas hati jugak dengan AJL tahun ni. Maybe sebab aku dah xde favorite artis kot. TAk macam zaman skolah dulu2. Masa tu tensen gile kalau artis yang aku minat x menang. Cuma hampa sikit dengan persembahan Hafiz dak AF tue...macam ndak x ndak je.


Lagu Aizat yang menang tu pun sbelum ni aku xde la suke sangat tapi bila lagu tu direlatekan dengan arwah Yasmin Ahmad, aku terus merasa suka. Ooh....I adore her so much. Aku suka sangat denga filem-filem beliau. Cuma aku belum tengok talentime and Mualaf je. Mualaf aku wajib tengok. TAk tengok kat wayang, beli DVD pun ok. Ingat lagi zaman study dulu aku kena buat assignment tentang karya beliau. Sebenarnya aku suka karya beliau sebab it's touch my heart and very harmonious and sangat close to our life. Oh...betapa besarnya kehilangan kite. Al-Fatihah...

Gelagat cheryl, Ally and Faizal juga boleh dipuji. Yang paling aku kagumi ialah persembahan Faizal Tahir dihujungnya. Menengok Melodi siang tu, aku ngan kakak aku memang berdebar nak tengok apa jadi pada FT. Ternyata FT memang bersemangat tinggi menggunung. Tahniah yang teramat kepada beliau. Dari segi persembahan memang sangat best.

tahun ni nampaknya takde artis pompuan yang menang. Huhu...kenapa agaknya yek....Apapun, pemenang sudah ditauliahkan. Tahniah kepada Aizat, Black and Faizal Tahir. Keep up your good work

Me and NuffNang

Rasanya aku dah ketinggalan zaman dah ni sebab baru hari ni nak join nuffnang padahal benda ni dah 2/3 years bertapak di Internet ni. Nuffnang adalah salah salah satu cara untuk menjana income dari blo atau website anda. Fungsinya lebih kurang macam Google Adsense jugak. paid Per Click program.

tak salah rasanya mencuba memandangkan ianya free to join. Aku tak berani nak bagi tips lagi kerana setakat ni aku pun baru je belajar.

Aku taklah meletakkan harapan yang tinggi, tapi mengikut apa yang aku baca, dah ramai jugak orang yang dapat income ribu-ribu dari Nuffnang ni. As a beginner, I just want to learn dan mengisi masa lapang aku dengan lebih berfaedah. And jangan tak tau, Nuffnang ini adalah produk Malaysia tau.

Insyallah...jika diizinkan Tuhan, adalah tu.

Reason for Not Cooking Today

Hahhaha....aku memang xde mood nak masak untuk makan malam hari ni. Dari tengahari tadi lagi aku dah perah otak apa menu aku nak masak petang ni. And jawapannay tetap......tapau dari kedai. Tapi aku tak tau nak kasi alasan apa kat hubbyku....i know he will agree tapi aku ler yang termalu sendiri nanti. Dia penat-penat balik keje, then nak kuar makan plak. Bini kat umah ni xde buat apa pun sehari tapi malas nak masak.

Tapi memang dah lumrah alam. Ada hari malas dan ada hari rajin.

Tapi akhirnya...tanpa disangka-sangka dan tanpa di plan....masa tengah panaskan nasik, aku terpegang periuk yang hot. Aku ingatkan aku lom on apinye lagi. Siot....rasa panas dan pedihnya menggigit-gigit. Rasa nak nangis tapi tak de paedahnya.

10 minutes after that my hubby call. Katanya balik awal hari ni....mule la aku mengadu tanganku yang melecur...huhu...mintak kesian.

Hubby ajak makan kat luar malam ni. Huhu....meskipun aku tak mintak kemalangan kecil ni berlaku tapi rasa sakit tu rasa sonok plak.....haha...notty me...

You see....Allah always listen to our prayer and he help us in a very unthinkable way...agree?

Astaghfirullah Al-Azim.......

Semalam aku dilanda kecewa yang teramat sangat sehingga fikiran ku memikirkan yang bukan. Dari perkara kecil hingga ke yang besar. AKu kecewa hanya kerana hidangan makan malamku tidak berjamah. Padahal aku sudah begitu bersemangat menjalankan tugasku seperti setiap petang yang selalunya. Malahan tugasku selesai awal dari yang selalunya.

Baru beberapa minit selesai memasak, suamiku call and bagitau dia baru saja lepas makan petang. Aku dah mula risau kerana memang nasi yang ku masak agak banyak dan begitu juga lauknya. Tapi nasib baik ada kakakku. Mungkin hari ini kakak akan makan banyak daripada biasa. Itu sahaja harapanku.

Malangnya, malam itu kakakku langsung tidak menjamah makan malam, malahan tidak menjenguk periuk, sebaliknya terus tidur seawal pukul 9.30 malam. Aku benar-benar rasa kecewa. Aku sedih dan banayk lagi perasaan lain bercampur baur dalam diriku. Dari perasaan itu, timbullah prasangka buruk. Aku memaki-maki kakakku dalam hati. Aku marah kerana dia tak memberitahuku dia tak mahu makan malam sedangkan dia ada ketika aku memasak. sekurang-kurangnya aku boleh masak yang ringan-ringan sahaja.

Aku didatangi perasaan marah dan tertekan. Duduk dirumah setiap hari, menjadi tukang masak atau juga suri rumah tangga begitu membuatkan aku tertekan. Apa tidaknya, memasak bukanlah hobiku. Malahan tidak banyak menu yang boleh aku masak. Boleh dikatakan setiap minggu menu yang sama mengikut pusingan dan kebanyakannya menu ayam. Cuma sekali sekala aku cuba untuk memasak sayur dan mengolahnya kerana harganya tidak semahal mana. Kalau tak sedap, boleh dibuang, kalau sedap esok lusa boleh buat lagi.

Aku berasa bosan hidup begitu. Aku sudah bosan memikirkan menu untuk hari ini dan esok. Aku bosan melihat hasil kerjaku tidak dihargai. Aku tidak sepatutnya berada disini. Aku sepatutnya bekerja di pejabat. Aku sepatutnya mempunyai peluang untuk memanfaatkan Ijazah yang aku ada. Bukannya menjadi tukang masak. Kerana tidak tertahan, akhirnya niatku itu aku luahkan pada suamiku.

Dan seperti biasa jawapan suamiku tetap sama. Bersabarlah...dan bersyukurlah. Bersabarlah kerana esok lusa bila kami sudah berpindah rumah, barulah aku boleh mencari kerja berdekatan dengan rumah baru itu. Aku bukanlah pandai sangat tentang selok belok KL ni. Malahan nak guna bas, ketapi dan monorel pun aku tak tahu langsung. Bersyukurlah....kerana sekarang hidup kami sudah semakin membaik. Sekurang-kurangnya sekarang suamiku sudah bekerja. Dan kami tidak lagi mengalami masalah kewangan.

Jawapan suamiku itu aku telan bulat. Aku malas mahu berbahas kerana apapun yang aku katakan jawapannya tetap akan sama dan memang sudah menjadi sifatku taat dan hormat keputusan suamiku. Namun perasaan geram masih lagi berbaur dalam hati.

Bangun pagi, pagi ini aku masih lagi dengan perasaan yang sama. Apatah lagi apabila terasa sunyi kerana sendirian di rumah.

Namun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja aku seolah diketuk dan disedarkan oleh sesuatu atau seseorang atau juga satu suara.

Astaghfirullah Al-Azim.......
Astaghfirullah Al-Azim.......
Astaghfirullah Al-Azim.......

Baru sahaja aku tersedar bahawa aku sudah berdosa hanya kerana pekara kecil itu. Berdosa sungguh aku kerana membiarkan iblis memainkan perasaan ku. Berdosa sungguh aku kerana tidak bersyukur. Berdosa sungguh aku kerana menganggap kerja aku lebih susah dari kerja suamiku di pejabat. Berdosa sungguh aku kerana tidak menghargai apa yang aku nikmati saat ini. Berdosa sungguh aku kerana menyalahkan orang lain diatas kelemahan diriku. Astaghfirullah Al-Azim.......