Bazaar Ramadhan on Merdeka Day

0 comments
Sempana cuti merdeka kakakku ajak pergi bazar ramadhan. Hmm...mula-mula macam malas jugak sebab mengenangkan poket yang kosong. Tapi kakak beria sangat ajak. Katanya nak belanja. Okey lah....

So kitorang pegi kat bazaar dekat dengan Bintang Supermarket Kajang. Setelah seminggu berpuasa baru hari ni ada peluang menjengah. Nasib baik ada kakak yang prihatin, meskipun kakakku bukan muslim, tapi pasti dia dapat menyelami hatiku yang teringin juga untuk merasai kemeriahan bazar ramadhan.

Tapi aku rasa sedih sangat masa beli first lauk, gulai paku masak lemak. Aku mintak RM1, macam makan untuk sorang pun tak cukup. Mintak tambah pula singgit, baru cukup untuk sorang. Oh...mahalnya. Aku kata okey je, malas nak tambah. Aku terus cakap ngan kakak, meh la kita balik. Lebih baik masak kat rumah. Macam mahal sangat je. Tapi kakak kata tak pe. Kita tengok gerai lain.

Nampak pula gerai air. Oh....tembikai susu, fevret ku. Pergi tanya kat empunya kedai, ada dua jenis plastik. Satu kecik and satu besar sikit je. Bezanya dah singgit. Huh...teingat tahun lepas beli kat damansara yang dua hengget boleh minum sampai sahur. Aku dah mula muka masam dah. Terlepas jugak marah ku kat awek yang jaga kedai tu. Cekik darah! kataku sedikit menjerit.


Oh....nah...ambik. Aku dah buat satu dosa. Berkali suamiku ajak balik je sebab tak nak kakak membazir. Tapi kakak kata takpe...diorang pun nak buat duit jugak. Tapi bagiku ini dah cukup melampau.

Finally beli jugak dua tiga jenis lauk. itu pun sikit sikit dengan harga yang rasanya kalo beli sekor ayam boleh makan untuk 2-3 hari.

Dalam perjalanan balik aku ngan suamiku mengomel geram. Perniagaan memang digalakkan dalam Islam tapi perniagaan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak adalah lebih digalakkan. Bukannya cekik darah macam ni. "Hilang pahala diorang" kutukku.

Haha...tapi akhirnya aku tersedar. Pahala aku pun dah hilang jugak sebab mengumpat. Seriously, ni lah kali terkahir aku nak menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan untuk puasa tahun ni.


I Love Sambal Belacan

0 comments
hari ni aku merasakan satu kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan. Hari ni peti ais dah kosong. Duit pun ada singgit je. Mula-mula memang pening memikirkan apa juadah untuk berbuka puasa hari ni. Tapi nasib baik ada baki-baki timun dan kacang panjang. Ada beberapa biji telur lagi. Memang dah tak de selera dah nak makan telur hari-hari. Tapi aku sabarkan saja hati.

Finally after discuss ngan suamiku, kami setuju hari ni makan ulam je pun tak pe. Oh ye...ikan masin ada sikit lagi, boleh sekali goreng. And telur, suamiku kata pandai-pandailah dia mix and matchkan dengan apa yang ada. Asal cukup rasa, dalam perut pun bergaul juga.

Aku memang boleh dikatakan terer jugaklah bab buat sambal belacan ni. Because I love sambal belacan. Boleh dikatakan kalau ada sambal belacan, aku boleh makan dua pinggan hanya dengan sambal je. Ikan masin pun sama. Both are my favorite.

Time berbuka, suami kata dia bersyukur dapat isteri yang sanggup bersusah senang bersama. Sanggup makan apa adanya. Hati terasa bahagia sangat-sangat. Sambil berbuka, aku bersyukur kepada Allah. Walaupun berbuka serba kurang, tapi perut kenyang dan hati senang.

Suami kata, suatu hari nanti bila dah senang, pasti kita akan merindui detik detik ini. Aku memang takkan lupakan semua ini. Ia terlalu manis bagiku. Walaupun wang ringgit merupakan keperluan untuk menjalani hidup, tapi kebahagiaan membuatkan hati lebih tenang. Duit berjuta takkan dapat membeli saat-saat manis begini. Syukur Alhamdulliah...

Menghafal Asmaa' ulHusna

Beberapa hari ni saya dok tercari-cari kaedah untuk menghafal Asmaa' ulHusna. Ia adalah antara usaha saya untuk meningkatkan Iman. sebagai seorang mualaf, saya memang seringkali mencari info mengenai Islam. Syukur Alahamdulillah, suami banyak membantu. Memandangkan saya ni jenis yang cepat menghafal dan mengingat bunyi yang merdu, so saya cepat-cepat cari video kat you tube. Untuk permulaan kenalah cari yang ada seni kata sekali kan.....


Kat sini saya share satu video yang baru saja saya download. Kalau hari-hari buka laptop, mulakan dengan bacaan Bismillah sebelum melakukan yang lain-lain, dan kemudian bernyanyi sama diiringi video klip tersebut, Insyallah tak lama lagi boleh lah menghafal.





Saya pernah terbaca artikel yang mengatakan apabila kita menghafal 99 nama Allah, kita dijanjikan akan menjadi penghuni syurga di Akhirat kelak. Jika kita mampu untuk melakukan atau menyanyikan lagu rap atau hip hop yang bukan main laju dan payah, apalah salahnya kita menyanyikan nasyeed ini. Insyallah....sambil menyanyi sambil kita mendekatkan diri kepada Allah, pencipta kita.

Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia menyukai yang ganjil." - (H.R. Abu Hurairah ra)

Setiap daripada 99 nama Allah itu mempunyai khasiatnya tersendiri. Insyallah jika ada masa terluang nanti akan saya kupaskan bersama.

Walau apapun, ampun maaf jika ada terkasar bahasa, saya hanya saudara baru yang ingin belajar dan mendalami agama yang saya cintai ini. Segala yang saya kongsi mungkin tidak sebaik yang dikongsi orang lain, tapi niat di hati hanya ingin mendalami dan berkongsi.

Sharing is caring.....

Salam

Bersabarlah

0 comments
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." (surah Ar-Ra'ad ayat 11)

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (Surah al Baqarah ayat 155)



Di atas adalah antara kumpulan surah yang sentiasa membuatkan aku bersabar menghadapi cabaran hidup. Janji manusia kadang-kadang tidak boleh dipegang. Tapi janji Allah adalah yang pasti. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berdoa dan meminta kepadaNya. Doa kita mungkin tidak akan terkabul sekelip mata, tapi kesabaran dan adalah perkara yang paling utama. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Allah takka memberikan cabaran yang tidak mampu kita pikul. Kerana itu, bersyukurlah diatas setiap dugaan yang menimpa kerana satu persatu dugaan itu mengajar kita rempah kehidupan dan kadang-kadang akan menjadi pedoman dihari muka.


Aku bukannya munafik. Sebagai manusia biasa memang kadang-kadang perasaan putus asa itu muncul. Kadang-kadang aku merasakan bahawa Allah tidak memperdulikan aku. Dan alangkah berdosanya aku kerana berfikiran begitu.

Satu-satunya cara untuk menjauhkan diri dari perasaan sebegitu ialah dengan sentiasa bersangka baik pada Allah. Dalam erti kata lain, sentiasalah berfikiran positif. Segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Sekian saja cetusan jiwa. Jika ada tersilap maafkanlah...

Internet Marketing

Tak taulah apa term yang sesuai untuk digunakan. Yang pasti sekarang ni macam-macam cara digunakan untuk mencari rezeki. Aku juga tak nak lepaskan peluang. Dah ada Internet kat rumah ni aku terokai peluang untuk buat duit di Internet.

Memang ia masih baru bagiku. Mungkin dah ramai yang kaya raya buat duit kat internet ni. Tapi tak pastilah betul ke tidak sebab sekadar membaca sahaja. Tak pernah jumpa para taiko yang mengatakan mereka buat duit beribu-ribu hanya dengan bekerja dari rumah menggunakan internet. Antara option yang aku temui setakat ini ialah Google adsense dan affilliate. Masih dalam usaha mencuba.

Rezeki itu sentiasa ada dimana-mana. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mencarinya. Insyallah, setiap manusia dikurniakan dengan rezeki dengan cara tersendiri. Ada yang dikurniakan dengan harta berjuta dan ada juga yang dikurniakan dengan keluarga bahagia. Kedua-duanya adalah rezeki dan kita harus bersyukur.

Berusahalah dan berdoalah kepada Allah semoga dimurahkan rezeki. Jangan pernah patah semangat dan jangan pernah berputus asa. Allah itu maha pemurah dan Allah suka mereka yang berdoa kepadanya.

Ya, aku akan teruskan usahakan mencari rezeki di Internet. Insyallah, aku juga akan menemui rezeki itu. amin.

Puasa dan Buah Kurma

Assalamualaikum.....


Penuh sehari berpuasa. Kali ini aku dapat merasakan kepuasan berpuasa walaupun baru sehari. Rahsianya, aku cuba mengamalkan kaedah berpuasa dengan betul, merujuk kepada artikel yang saya poskan semalam. Taklah semuanya saya amalkan. Bak kata orang, Slow- slow...


Walaupun berbuka serba simple, namun tak jadi masalah. Lagipun itulah yang biasa menjadi sanatapan setiap hari. Berpuasa menggalakkan kita bersederhana. Bukannya makan berlebih-lebihan. Walaubagaimanapun, tak dapat dinafikan ada juga rasa terkilan kerana tidak dapat menjenguk bazaar ramadhan.


Tapi kebetulan berdekatan kawasan perumahan ni ada juga makcik yang menjual kuih. So, aku dan suami beli dua jenis kuih. Itu sudah kira bagus, sebab kalau diikutkan, biasanya makan mana ada nak kena ada kuih kan.... Dan kebetulan juga kedai kat bawah ada jual buah kurma. Alhamdulillah, tercapai juga hajat. Dan sesungguhnya umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.


Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Kandungan gula di dalam buah kurma telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa membuang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.


Itu saja yang sempat saya kongsikan hari ini. Salam Ramadhan...

Puasa

0 comments
Esok dah mula puasa. Hari ni,aku nak kongsikan bersama niat berpuasa. Pasti ramai yang dah tahu kan, tapi tak apalah. Internet ni free je. Manalah tau kalau ada yang masih terkial-kial macam saya ni. Dua tahun sudah berpuasa, aku cuma mampu melafaskan niat dalam masa melayu je. Hari ni aku google Internet cari niat puasa bulan ramadhan dalam tulisan rumi. Hehe...Iqra pun saya tak lulus lagi. Insyallah jika ada kesempatan mungkin tahun depan boleh la belajar.

Okeh..kat bawah ni saya sediakan lafaz niat berpuasa dan juga niat berbuka puasa.

Lafaz niat dan niat berpuasa:

"Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardi Ramadhana hazihis-sanati lillahi ta'ala."

yang bermaksud :-

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"

Doa berbuka puasa:

"Allahumma laka sumtu wa'ala rizqika aftartu."

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Itulah dia....senang sahaja nak hafal kan. Saya juga menemui satu artikel menarik mengenai kaifiat (cara) puasa yang ingin saya kongsikan bersama pengunjung blog ini. Artikel ini say petik daripada http://suaranurikhwan.blogspot.com/. Renung-renungkanlah dan jika boleh, sama-samalah kita amalkan.



KAIFIAT (CARA) PUASA


Berikut adalah antara tatacara yang patut dijadikan panduan bagaimana kita seharusnya menjalani ‘Ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia, semuga mendapat keredhaan dan beroleh ganjaran pahala seterusnya melayakkan kita meraih darjah taqwa daripada Allah swt. Insya Allah:

  1. Bangun di satu pertiga akhir malam untuk solat tahajud bersama ahli keluarga (lebih kurang jam 4.45 pagi).
  2. Mandi hadas besar sebelum fajar (jika melakukan jimak), supaya memasuki puasa dalam keadaan suci bersih.
  3. Setelah masuk waktu sahur sebaik-baiknya mentakhirkan waktunya menjelang waktu subuh (setengah jam sebelum waktu subuh), hendaklah bersahur walaupun dengan seteguk air. (pengaplikasian waktu imsak tiada dalam Sunnah Nabi saw)
  4. Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh sambil membaca Al-Qur’an.
  5. Usahakan supaya dapat melakukan solat berjamaah Subuh di Surau, Masjid atau bersama keluarga di rumah.
  6. Setelah selesai solat subuh berjama’ah, bacalah Al Quran seberapa yang mampu.
  7. Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum, mendekati isteri (jimak) dan dari segala yang boleh membatalkan puasa serta perkara yang menghilangkan pahala puasa (menjaga anggota yang enam iaitu mata, telingga, lidah, tangan, kaki dan hati).
  8. Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan–pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
  9. Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah seperti mengumpat, memfitnah dan memperkatakan kehormatan manusia lain.
  10. Menahan diri dari pengaruh marah dan dari bersikap kurang baik, kurang sabar dan sifat-sifat lain yang tercela (mazmumah).
  11. Memperbanyakkan sedekah (sama ada berbentuk wang, tenaga, kuih muih dan sebagainya).
  12. Usahakanlah supaya setiap solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah beserta solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardhu).
  13. Berusaha agar sentiasa berada dalam majlis-majlis ‘ilmu. Mempergunakan setiap waktu di bulan Ramadhan untuk mendalami masalah-masalah keagamaan.
  14. Seboleh mungkin supaya di tiap-tiap hari selepas solat zohor dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca Al Quran.
  15. Berdoa kepada Allah sebelum tiba waktu berbuka dan semasa berpuasa, membanyakkan taubat, membanyakkan kebajikan dan menjauhi segala yang dibenci Allah.
  16. Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan tiga biji tamar atau makanan yang manis yang belum disentuh oleh api.
  17. Sesudah solat Maghrib berjama’ah, baru disempurnakan makan dengan dituruti adab-adabnya.
  18. Pada tiap-tiap malam dikerjakan solatul qiyam atau qiyam Ramadhan iaitu solat sunat Tarawih.
  19. Apabila tiba sepuluh hari terakhir, banyakkanlah ibadat dengan jalan beriktikaf dan usahakanlah memperolehi "lailatul qadar" yang terletak di salah satu malam dari malam yang ganjil pada sepuluh hari yang akhir (dari malam 20 hingga 30).


Jika ada sebarang komen atau apa-apa teguran, silalah post kan komen. Maklumlah kita manusia seringkali berlaku kesilapan. Sama-samalah kita tegur menegur dan memperbaiki diri.

Salam Ramadhan...

Sakit Gigi

Adoila......aku paling malas bila season sakit gigi aku ni datang balik. Sakitnya mencucuk ke otak.

Sape kate aku malas gosok gigi? Rajin apa... cuma zaman kecik-kecik dulu je yang malas gosok gigi. Mak ngan bapak pon tak de paksa gosok gigi masa tu. hehe....mak bapak jgak yang salah...


Dah telan sebijik painkiller tadi...tapi maybe sebab perut tak dak isi apa lagi tak de la kesannya. Aiyoo....

Bagaimana Persediaan Ramadhan dan Raya tahun Ni

Hmmm.....
Sabtu ni dah nak puasa dah. Aku dah mula risau semacam. Senang cerita aku dan suami memang betul-betul pokai sekarang ni. Dua-dua tengah menganggur. Itulah, berani sangat ambil risiko. Ikut plan, kami sama-sama nak fokus pada bisnes yang baru je dibina. Tapi faham-faham ajelah, mengejar projek dengan kerajaan ni, kalau tak setahun menunggu jangan harap la.... Mula-mula ingat hujung bulan Julai dengarlah khabarnya, tak jugak. Tunggu Ogos ni, nampak macam tak jugak. Dengar khabar maybe september pulak....hmmm...entahlah.
Sekarang ni kami sama-sama tengah mencari kerja. Harap-harap ada rezeki buat berbuka. Nak membebankan kakak-kakak, kesian pula. Diorang pun bukannya banyak gaji sangat. Nampak gayanya tak beraya lagi lah aku.
Tapi mungkin Ramadhan ini akan mengajar aku lebih banyak tentang kesabaran, taqwa dan segala-sagalanya. Aku memang masih mentah dalam bab Islam ni. Baru je 2 tahun masuk Islam. Tapi syukur Alhamdulillah, suami banyak membimbing. Secara ikhlasnya, aku bersyukur kerana menemui agama ini. Agama yang telah banyak memberikan aku ketenangan. Dan rasanya banyak juga sifat burukku yang telah aku tinggalkan sejak meninggalkan Islam. Rasa aman je. Walaupun tengah susah macam ni, aku ambil sikap positif. Pada aku, maybe ada sesuatu disebalik cabaran ini. Mungkin Allah hendak menguji aku dan suami. Allah sentiasa ada perancanganNya.
Rasa tak sabar nak puasa. tahun ni kalau tak bazaar ramadhan pun tak apelah. Bila difikir fikirkan balik, membazir je pun. Nafsu lapar ketika berpuasa mendorong kita untuk membeli secara berlebih-lebihan. Yang ini nak, yang tu nak, semua nak lah....apatah lagi lauk pauk dah kuih muih bermacam-macam warna. Sungguh mengiurkan. Tapi bila dah berbuka nanti, bukannya habis pun. Nak simpan untuk sahur pun macam dah boring tengok lauk yang sama.
Itu pasal puasa...raya, kebetulan raya nanti birthday aku. Jadi bolehlah aku celebrate kan birthday aku, dan juga raya sekali. Baju raya memang tak de tahun ni, lagipun nak kemana....teman-teman semua menghilang saat kita dalam kesusahan. Dulu masa senang, tak senang duduk dibuatnnya. Handphone tak habis-habis berbunyi. Sekarang handphone boleh buat sunyi je.
Syukur Alhamdullillah, dalam itu aku mengenali siapa sahabat dan siapa bukan sahabat sejati. Itu yang aku pelajari dari kesusahan.
Pada sesiapa yang mungkin sedang mengalami nasib yang sama, sentiasa lah ambil sika positif. Kerana kalau asyik berfikiran negatif, menyalahkan diri sendir atau menyalahkan oranag lain takkan ada kesudahannya. Renung-renungkanlah dimana kesilapan kita dan perbaiki lah. Mungkin masih ada jalan.
Adios....

Buat Permulaan

Hah...tercipta juga ruangan untuk aku melepas geram, meluah rasa, berkongsi suka duka ni. Tak tau la sape yang sudi bertandang tu, tapi terima kasih la banyak-banyak. Hidup ini memang ada pelbagai warna. Ada gelap ada terang, ada suram ada sinar. Namun kita harus teruskan...betul tak. Yelah...kalau tak teruskan, nak buat camana? Takkan nak bunuh diri kot...berdosa tu.

Siapa yang tak pernah mengalami kekecewaan? Siapa yang tak pernah gagal dalam hidup? Siapa tak pernah mengalami kejayaan. Kita semua pernah berjaya. Malah kita sudah berjaya pada hari pertama kita bernafas di dunia ini, yakni saat kita dilahirkan. Bayangkan lah berapa ratus atau juta benih yang bersaing dalam rahim ibu kita, dan kita telah berjaya mendapat tempat untuk dilahirkan menjadi manusia sempurna. Renung-renungkanlah.....

Boleh dikatakan saat ini aku dalam saat kejatuhan dan kekecewaan yang teramat sangat. Namun syukur Alhamdullillah, kekecewaan ini mendekatkan lagi aku kepada Allah. Ye lah...dulu dok happy je sampai lupa akan Pencipta kita. Bagi yang tengah happy tu, beringatlah. Bak kata pepatah, kekadang kita ada di atas, dan kekadang kita ada dibawah. Sediakanlah diri kita untuk menghadapi hari dimana kita akan berada di bawah itu.

Bukannya hendak menunjuk pandai, cuma berkongsi pengalaman. Jemput-jemputlah datang ke blog ini lagi...