HAPPY NEW YEAR 2010!!!


Selamat tahun baru 2010 saya ucapkan pada semua yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni. Semoga tahun baru 2010 ini memberikan lebih banyak kebahagiaan, kejayaan dan juga kemanisan dalam hidup. Tak lupa juga semoga anda mencapai apa yang dicitakan dalam hidup.

Berakhirnya 2009

Sedar tak sedar 2009 sampai ke penghujungnya. Esok, tahun baru bakal bermula. Seperti biasa ramai yang merenung kembali azam yang dibuat awal tahun 2009 dan memikirkan azam baru 2010. Tercapai atau tidak, semuanya bergantung pada usaha yang dilakukan untuk mencapai azam itu. Tapi yang penting sekali kita tiada kuasa melawan takdir Allah s.w.t. Jadi tiada gunanya kita terlalu kesal atau terkilan sekiranya gagal mencapai apa yang dikehendaki. setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bagi diriku, aku tidak menetapkan apa-apa matlamat atau azam. Memandangkan hidup ini sukar diduga, aku akan mengikut rentak dan apa yang telah ditakdirkan untukku. Namun yang penting sekali, niatku cuma satu. Aku mahu membahagiakan semua insan yang aku sayangi. Mak, bapak, adik, kakak, abang, anak sedaraku satu satunya, suami juga anak-anak. Itu yang membuatkan aku gembira dan berasa puas setiap hari.

Apa-apapun, ramai yang berpendapat menetapkan azam dan matlamat atau 'goal setting' adalah amat penting untuk menyusun langkah seterusnya. Aku tidak menyalahkan pendapat itu, kerana ramai manusia yang berjaya kerana telah menetapkan matlamat dari sejak mula. Tapi ada juga manusia yang berjaya tanpa menetapkan apa-apa matlamat. Mereka bijak berubah mengikut keadaan atau boleh dikatakan fleksibel. Namun mereka tetap mempunyai satu pegangan hidup. Sebagai contahnya, pegangan hidupku adalah untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada orang yang aku sayangi.

2009 merupakan tahun yang amat sukar bagiku. Terlalu banyak kenangan pahit, jerih payah dan air mata. Namun itu semua mengajar aku erti hidup sebagai pedoman di masa hadapan. Semoga tahun 2010 memberikan sinar harapan dan kebahagiaan. Dan semoga apa yang aku citakan bisa tercapai. Insyallah....

Not A Friend

What do you call a friend that love to see you suffer?

Not A friend.


Alkisahnya, ada seorang sahabat. Aku bukan hendak memburukkan, tapi aku menulis ni eh...menaip ni pun setelah lama aku melakukan penilaian. Memang tidak layak untuk kita manusia menilai manusia lain, melainkan Dia yang mencipta kita.

Namun aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari perasaan kecewa. Jadi cerita ini aku kongsikan sekadar buat iktibar sesama kita.

Aku dan suami ada seorang sahabat perempuan. Aku kenal dia ni pun melalui suamiku. Dia dah kenal suami aku sebelum suami dan aku bertemu. Dia dah anggap suami aku macam abang sendiri.

The funny thing is, she's always arround masa kitorang tengah senang dulu. Orangnya memang baik, cantik, mulut manis. Tapi bagi aku dia seorang yang hipokrit. Dia memang suka buat kawan, tapi the first thing yang dia cuba cari pada kawan baru tu ialah kelemahan, keburukan atau mengetahui masalahnya.Di depan, dia bertindak sebagai kaunselor, di belakang, dialah kaki mengumpat. Macam mana aku tau? Mestilah aku tau, sebab dia selalu mengumpat orang kat depan aku.

Sebenarnya aku memang kurang selesa dengan dia. Tapi memandangkan dia tak pernah buat salah didepan aku (maklumlah, mulut manis) dan memandangkan dia rapat dengan suamiku maka aku diamkan aje. Aku memang tak de menyimpan perasaan cemburu kat dia, sebab aku tahu, suamiku seorang suami yang setia, baik dan prihatin.

So, aku dan suami melalui saat kesusahan, setahun lebih jugakla. Dia mula hilang. Masa tu, perempuan ni hilang entah ke mana.Sampailah terjadi beberapa insiden yang betul-betul menyedihkan. Tetiba sahaja dia call. Mula-mula suami bersetuju denganku. Kami sepakat untuk tidak berhubung lagi dengan kawan-kawan lama yang hanya ada bersama waktu gembira.

Tapi perempuan ni tak putus asa. Sehari sahaja, berapa puluh miss call dari dia. tak cukup dengan itu, dia try email jugak. Dalam email dia memujuk agar menghubungi dia, dan mengatakan rindulah....nak jumpalah....ape lah.

Suamiku yang lembut hati akhirnya luluh juga. Dia minta aku menghubungi perempuan tu. Aku memang tak berapa suka, tapi aku memikirkan mungkin ada betulnya perempuan ni memang boleh diharap sebagai sahabat.

Lalu aku sms dia dengan number baru. Dia cepat-cepat je call. Lama juga berbual. So dia tanya pasal kehidupan aku dan suami. Dia tanya itu dan ini. Dan tak lupa jugak dia tanyakan betulkan satu insiden yang memalukan (insidennya biarlah rahsia)terjadi pada kami. Aku masa tu tak fikir apa-apa. Aku ceritakan padanya.

And that is the last time she called. Sampai sekarang dah 2 bulan dia menyepi. Dulu bukan main lagi beria-ia dia nak jumpa. Rupanya dia cuma hendak mengesahkan cerita yang dia dengar. Kerana rasa kecewa dengan sikapnya, aku luahkan juga pada suami.

Ternyata suamiku punya pendapat yang sama.Suamiku minta maaf padaku kerana mendesak aku menghubungi perempaun tu. Dan katanya, memang dalam Islam, digalakkan mengekalkan hubungan silaturrahim. Tapi kalau ia memudaratkan, tak salah untuk mengelak. Lagipun silaturrahim tu ada perkataan rahim yang maksudnya pertalian keluarga. Jadi lebih baik kami mementingkan pertalian keluarga daripada sahabat. Lagipun keluarga tetap bersama kita di saat susah dan senang. Kawan boleh hilang begitu sahaja.

Konklusinya, jika bersahabat itu menyakitkan, lupakan sajalah....sahabat yang betul akan berada bersama kita disaat susah dan senang. Bukan hanya di waktu senang.

Renung renungkan...

Love and appreciate Your parents While They're still arround

Nak dijadikan cerita, ini berlaku last week. Aku time tu tengah dok bersenang lenang menonton cite cucu betong. Tiba2 kakak sulung aku call. Dia kata adik lelaki aku baru pas kol bagitau bapak kat kampung meninggal and kakak sulung aku nak confirmation. Time tu aku sorang je kat umah. Tiba-tiba je terasa gelap kaca tv. dada terus berdegup kencang, kepala terasa ringan dan kosong tak tau apa nak buat. Kakak aku kata dia try call kampung tapi x dapat reach. And dia jugak kata ada orang kampung call adik lelaki aku kata "balik kampung, bapak kau dah tak de".

Whoosh......Memang sukar nak gambarkan perasaan aku masa tu. Jari aku cepat je carik number phone mak. try to call, cannot reach, Cuba lagi and cuba lagi and cuba lagi sambil bibir dah mula berzikir. Macam-macam ayat dah keluar. Aku memang panik. Baru tengahari tadi aku call mak. mak memang tak sihat and mak pesan suruh cari-carikkan ubat untuk asma bapak. Aku memang dah buat some searching on the internet hari tu. kalau bapak pergi juga, bermakna hampa dan terkilanlah aku sepanjang hidupku nanti kerana tidak dapat memenuhi permintaan mak.

Walaupun aku tahu bahawa yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali, aku masih mengharapkan keajaiban. Bibir terus berdoa sambil mencuba call number mak. badan dah menggigil. Iyelah....aku jauh di semananjung sedangkan parents kat sarawak. time tu aku dah fikirkan macam mana aku naak balik. Boleh ke dua kakak aku, satu adik pompuan and satu adik lelaki balik kampung dalam keadaan kewangan yang agak kesempitan. Sambil terus cuba call otak juga sedang mencari solution.

Finally, my call answered. tapi suaraa abangku. Semakin berdebar hati ku. Apatah lagi mendengar suaranya yang semacam je. Background sound aku dengar suara mak. Aku cuba untuk membayangkan suasana disana.

"Betul ke?"tanyaku pada abang.
"Betul apa?"tanyanya balik. Ushhh....takkan aku nak tanya betul ke bapak meninggal pulak? Buatnya bapak ada lagi malu aku. Tapi saat itu aku lontar perasaan janggal itu. Yang penting bapak.
"Ada orang call adik tadi bagi tau bapak dah meninggal. betul ke?"tanyaku. Tiba-tiba je terdengar suara mak ketawa. Memang biasalah kalau kat kampung memang diorang suka on loudspeaker kalau family member yang call.
"Mana ada....ni bapak tengah duduk ni..."jawab abang. masa tu aku rasa sedikit lega.
"Meh...nak cakap ngan bapak..."pintaku. Terdengar bunyi kaki abang melangkah (Rumah kampung, rumah papan).Dan selepas tu panggilan terputus. Aku mengucapkan syukur sebentar, kemudian aku try call lagi. Memang kat kampung line tak berapa nak bagus. Tapi I still need to talk to bapak, to make myself completely relief. Cuba lagi...cuba lagi dan cuba lagi. tak tau berapa kali aku mencuba sehingga aku dapat jugak bercakap dengan bapak.

Aku memberitahu apa yang berlaku....lepas tu aku tanya khabar bapak. Aku cuba buat lawak sedikit. Bapak aku memang sorang yang suka menyambung lawak. Dan seperti biasa, ada-ada saja idea bapak untuk membuatkan aku ketawa. Bapak pun ketawa besar. Alhamdulillah.....bapak memang masih hidup. Alhamdulillah......

Memang keadaan seperti ini jarang-jarang terjadi. Biasanya kalau dah jadi tu memang jadi. tapi aku bersyukur kerana Allah tidak memberikan aku ujian seberat itu. Aku memang belum bersedia untuk kehilangan bapak. Mungkin Allah cuma mahu memberikan aku peringatan agar tidak lupa pada orang tua dan tidak lupa pada kampung halaman. Insyallah.....hujung tahun ini aku pasti pulang.

Selepas dua hari, kakak sulungku datang kerumah. Barulah aku tau cerita sebenar. Sebenarnya memang ada orang tua kat kampung yang meninggal. So anaknya try to call adik beradiknya, but tersilap tekan and tertekan number adik aku. Subahanallah...Maha suci Allah....Allah yang maha halus....Dia mempunyai cara yang paling halus untuk memberikan kesedaran kepada umatnya.....Segala puji hanya bagi Allah.

Pengajarannya di sini, sentiasalah kita menyayangi orang tau kita, memnghargai dan menghormati mereka sementara mereka masih bernafas. Ingatlah akan jasa mereka, kerana bila mereka sudah tiada kita akan merindui detik-detik itu. Kita tidak tahu bila ajal manusia akan datang. Jadi penuhi lah kehidupan dengan berbuat baik pada mereka. Kalau ajal kita yang datang terlebih dahulu, sekurang-kurangnya kita sudah berjasa atau sekurang-kurangnya membahagiakan orang tua kita.

Sedikit perkongsian pengalaman buat renungan...