Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Umat Kristian

Ooops.....isu berat ni. Sebenarnya aku memang mempunyai pendapat tersendiri tentang isu ini. Apatah lagi aku ini Mualaf, yang sebelumnya free thinker, then Kristian and then sekarang Islam. Tapi sebaiknya, aku tidak perlu mencurah pendapatku kerana isu ini adalah isu yang sangat sensitif, dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tapi aku sebenarnya cuma berharap agar isu ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang aman dalam tempoh masa yang cepat. Yang menjadi kebimbangan aku adalah keamanan negara. Ecewah....

Tapi memang betul, aku seringkali merasa bimbang dan risau setiap kali ada isu atau permasalahan berkaitan dengan isu agama dan bangsa yang timbul di Malaysia. Sebenarnya aku teramat-amatlah menyayangi negara ini dan aku tak mahu perpaduan dan keamanannya tergoyah. Negara Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada negara lain sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai kaum, agama dan bangsa yang berbeza tetapi mampu mengekalkan perpaduannya. Inilah kebanggaanku.

Doaku semoga pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini secepatnya, dan kita sebagai rakyat pula haruslah menyokong usaha kerajaan.

Entah apa yang aku merepekkan ni, tapi yang pasti aku cuma menginginkan keamanan untuk negara kita.

Satu Malaysia

XOXO

0 comments:

Post a Comment