Permulaan Yang Baru

Syukur Alhamdulillah...sedikit demi sedikit allah mula mendengarkan doa-doa kami suami isteri. Pintu rezeki terbuka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah sekarang suami sudah mula bekerja dengan sebuah syarikat yang menepati ciri-ciri yang dia mahukan iaitu mengamalkan nilai-nilai Islam. Alhamdulillah Allah maha Besar.


Ada banyak rancangan untuk masa depan sekarang ini. Yang paling penting ialah kesejahteraan anak-anak dan juga parents. Insyallah...rezeki yang Allah berikan akan kami gunakan kearah kebaikan.


Aku pula, aku menanti keadaan stabil dan setelah itu aku pula akan mencari rezeki membantu suami. Semoga segalanya berjalan lancar. Insyallah...